Thursday 5 July 2012

UMNO TETAP KEKAL KERUSI PARLIMEN P169 KOTA BELUD. SERTA KERUSI DUN TEMPASUK, KEDAMAIAN DAN USUSKAN DENGAN GAHNYA !

Sesekali lontaran agak-agak ayam Kelapa Mawar tentang kerusi yang dikatakan panas, parlimen p169 Kota Belud. Semestinya tidak akan hilang, tidak akan dapat dimenangi oleh parti pembangkang. Kerana pucuk pimpinan barisan nasional mempunyai beberapa kaedah yang tidak boleh di kekang dengan langkah persilatan pembangkang yang sumbang di mata rakyat. 


Jika dikatakan semua alasan yang disibarkan dalam media cyber, semuanya tidak merubah keadaan. Malahan barisan nasional lebih mendapat sokongan teguh dari pihak pembangkang dari masa ke semasa. 


Sekadar suara dari  penyokong yang belum dapat maklumat yang terperinci dari parti barisan nasional. Kiranya calon yang dikatakan bukan pilihan rakyat. Bukan kemestian penyokong untuk menyuarakan bantahan. Jika ada bantahan pun tentu dapat dilenturkan secara berhemah. 


Kebijaksanaan Datuk Ketua Bahagian UMNO dengan jari sentuhan ajaibnya, dapat meredahkan kekelamkabutan, atau keserabutan ketua-ketua cawangan di bahagian Kota Belud, itu pun jika ada. Tapi terkini belum ada apa-apa yang perlu didengar oleh mana-mana pihak.


Setakat ini, segala yang diperkatankan dalam blog Kelapa Mawar tentang "hentaman" meja dan bantahan simbolik ketua-ketua cawangan hanyalah berita yang sengaja disensasikan.


Sebenarnya ketua-ketua cawangan hanyalah membincangkan isu yang agak memeranjat pihak pembangkang. Bakal ditentukan, calon barisan nasional tidak lagi bermajoriti 3,020 akan datang. Akan tetapi Azam penyokong ialah parlimen Kota Belud bakal memperolehi kemenangan dengan mengekalkan majoriti sebelum pru ke-12. Ada kebarangkalian mencecah 15,500 pengundi. Kata salah seorang ketua cawangan yang tidak mahu namanya disiarkan dalam blog ini. 


Isu tentang agihan  projek, bukan dimonopoli oleh saudara kandung ahli parlimen p169 tersebut. Tajudin Dahlan hanyalah moderator yang tidak berpihak kepada mana-mana ketua cawangan UMNO.  Konon wujud rasa tidak sekata dikalangan ketua-ketua cawangan hanyalah, gembur-gembur dari kaca mata pembangkang yang tidak berdaya untuk meracuni penyokong barisan nasional.


Kelapa Mawar hanya berpegang kepada maklumat yang diterima dari penyampai yang sengaja  hendak mensensasikan isu. Dengan tujuan, Agar penyokong bahagian  dapat dikelirukan. Walhal cerita ini setakat penceritaan yang berdasarkan kepada "indah khabar dari rupa".


Ketua-ketua cawangan dibawah tarbiyah sentuhan kasih, Ketua UMNO Bahagian, tetap dengan rasa tenang keadaan ini dapat dibetulkan, penyokong tidak perlu ragu, ada  kaedah penyelesaiannya. Jika ada permasalahan yang sebesar gajah pun, boleh ditangani secara bijaksana oleh Yb Datuk Salleh, merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Negeri. Apatah lagi suara-suara ketua-ketua cawangan itu dilihat, hanyalah permasalahan yang sebesar kuman sahaja.  


Karisma kepimpinan yang diyakini oleh rakyat, melalui bicara mutiara Ketua UMNO bahagian, selalunya menjadi panduan untuk ahli-ahli UMNO  ke arah kemenangan cemerlang calon barisan nasional kelak. Penyokong tidak akan berganjak, kesetiaan kepada parti barisan nasional sebagai azimat yang sukar terguyang, dan tidak akan tergugat.   


Jika menarik rambut dalam tepung, "rambut dapat ditarik, dan tepung tidak berselerak". Kunci kecekapan tatacara untuk sentuhan penyelesaian ini, selalu didengar melalui Yb Datuk Salleh, selaku Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.  

No comments:

Post a Comment