Sunday 22 July 2012

RAMAI PEMIMPIN PEMBANGKANG PERCAYA , YAB DS NAJIB SEMAKIN MENYERLAH DENGAN GAHNYA " JANJI DITEPATI "



Ungkapkata mutiara oleh Perdana Menteri Yab DS Najib  " JANJI DITETAPTI " membuat pihak pembangkang kehilangan akal,menari-menari dalam airmata penipuan,  kerana memikirkan ketepatan janji pemerintah barisan nasional,kepada rakyat sentiasa didahulukan. 


Dengan demikian, ramai pemerhati politik, termasuk pemimpin pembangkang turut mengakui, bahawa Yab DS Najib semakin menyerlah dengan gahnya,  " JANJI DITEPATI "


Kata " janji ditepati " tidak bermaksud untuk menyerang sesiapa dalam politik. Pemimpin barisan nasional hanya membela rakyat. Barisan nasional hanya menunaikan semua janji-janji yang dilaung-laungkan pada pilihanraya lalu. Wajarlah pemimpin barisan nasional menepati segala kata janji. Dengan demikian rakyat dapat disejahterahkan di bawah payung pemerintahan barisan nasional.


Jika slogan " kata janji ditepati ",   membuat pihak pembangkang lari lintang-pukang. Kemungkinan rakyat sudah sedar, hasil daripada penelitian rakyat bahawa pembangkang hanya mampu berjanji sekadar dibibir sahaja. Rakyat sudah tahu, bahawa pembangkang berjanji untuk membawa bulan dan bintang kepada rakyat. Maka rakyat sedari penipuan yang acapkali dilafazkan oleh pembangkang. Rakyat tidak mudah terjerat dengan tipu-daya pihak pembangkang, termasuk penulis-penulis pembangkang. 


Terjemahan janji pembangkang ini, yang membawa bulan dari langit, jawabannya hanya dalam impian disiang hari.  Apatah lagi bintang. Sememangnya jauh panggang dari api. Akhirnya rakyat sakit hati. 


Barisan nasional tidak suka-suka tabur janji. Barisan nasional hanya mendahulukan rakyat sahaja. Samada mereka itu penyokong pembangkang, tidak menjadi masalah, barisan nasional tetap juga menjadi pembela kemajuan, dan tidak akan meminggirkan penyokong pembangkang aspek sosio ekonomi dan kepelbagaian,  yang berupa bantuan. Semua rakyat jelata tidak dipinggirkan.


Keikhlasan pemimpin barisan nasional berdasarkan kepada ikhlas semata-mata. Dibanding dengan pihak pembangkang, hanya kata ikhlas yang boleh mengelirukan rakyat. Hari ini rakyat lebih bijak, lebih cerdik pandai daripada penulis-penulis pro pembangkang serta para pemimpinnya.


Rakyat tahu,  bahawa  pilihanraya masih jauh ke hadapan. Barisan Memerintah pada 2009. Dan pemerintahan kerajaan barisan nasional dari rakyat ini bakal berakhir pada 2014. Dalam tahun 2012 dan 2013, adalah musim menunaikan kerja-kerja untuk rakyat.


Menjadi tanggungjawab Perdana Menteri turun ke padang, kerana rakyat sayangkan Perdana Menteri.Rakyat telah memilih kerajaan barisan nasional untuk memerintah. Rakyat mahu pemerintahan barisan  nasional adalah ikut acuan pemerintahan rakyat malaysia.


Rakyat menolak tulisan rakyat Kelapa Mawar yang cuba kaitkan poltitik negara jiran seperti Indonesia. Pemerintahan Indonesia ikut acuan negara itu. Sebab negara itu mengamalkan kerajaan republikan. Negara jiran itu hanya diperintah, dibawah payung Presiden. Termasuk negara Amerika. sebagaimana dalam tulisan blog Kelapa Mawar.


Purata rakyat tolak semua yang dilontarkan oleh Kelapa Mawar. Rakyat mahukan pemerintahan malaysia mesti ikut acuan malaysia. Rakyat tidak mahu pemerintahan itu terikut-ikut dari negara luar. Jika satu hari ada kerajaan yang terbentuk mengikuti acuan negara luar, akhirnya pemerintahan di malaysia bakal menghalalkan lelaki kahwin sesama lelaki. Manakala biosex juga terus menerus jadi amalan rakyat malaysia. Genjala ini lah yang amat menakutkan dan ditakuti oleh rakyat.  


Justeru itu, jika rakyat pilih kesejahteraan, keharmonian dan Raja Berperlembagaan sentiasa berkekalan, maka pilihlah parti barisan nasional. Jika rakyat mahukan sebuah kerajaan republikan, tanpa raja berperlembagaan, menghalalkan kahwin sesama jenis. Dan biosex bakal diamalkan, maka terpulang dengan rakyat. Memilih kesejahteraan atau memilih kepahitan dalam kegelapan. Sama-sama kita tunggu. Sebab pilihanraya ke-13 masih lagi dua tahun untuk rakyat ditunggu, dari sekarang.  






No comments:

Post a Comment