Friday 3 August 2012

DTK MUSA AMAN BAKAL NAIK PANGKAT, DTK SALLEH ANAK SOLEH JADI PENGGANTI !!

Keserasian kepimpinan dalam kerajaan barisan nasional masa kini, merupakan usaha para pemimpin yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat secara total. Aspek gandingan minda secara keterbukaan di antara Yab Dtk Musa, bersama Yb Dtk Salleh, sekilas pandang mata memandang, kedua tokoh ini merupakan gandingan " seperti isi dengan kuku "  dalam hal-ehwal kepimpinan dalam konteks menerajui kerajaan barisan nasional di Sabah.


Penceritaan terhadap jaguh pelompat kijang seperti Sdr Bumburing, tidak akan menggegarkan gerbang ukhuwah dalam parti barisan nasional pada hari ini dan selamanya. Ini kerana Yb Datuk Jahid, seorang lagi pemimpin di kawasan parlimen Tuaran, boleh mewarnai satu kepimpinan yang berorientasikan kehendak rakyat di situ. Dan beliau dikhabarkan lebih disukai oleh rakyat daripada sdr Bumburing.


Begitu juga rentak persilatan politik di parlimen Beaufort, Di khabarkan para penyokong barisan nasional tetap dengan kesetiaan mereka, terhadap parti barisan nasional, dan mereka tidak akan berganjak, terus memberikan sokongan gah kepada Perdana Menteri Yab DS Najib Tun Razak.


Semangat kesepakatan yang jitu, dalam parti barisan nasional,  yang terjalin selama ini, memang sukar untuk digugat oleh pihak pembangkang. Sokongan rakyat kepada kerajaan yang stabil, membolehkan pihak kerajaan berupaya menepati janji-janji barisan nasional kepada rakyat sejagat.



SOALAN KELAPA MAWAR, APA KAH YAB DATUK MUSA AMAN, AKAN BERUNDUR SECARA ?  APA KAH YB DATUK SALLEH ANAK SOLEH BAKAL PENGGANTI !


Pepatah orang tua-tua " biduk berlalu kiambang bertaut ". Dua buah  biduk sudah pergi, satu biduk dari sungai Labuaya parlimen Tuaran, dan yang satu lagi biduk dari sungai Padas parlimen Beaufort. Selepas pemergian mereka, kelihatan kiambang-kiambang sudah bergerak dan bakal bertaut semula.  


Dua buah biduk yang dibawa air deras ke laut cina, bakal tenggelam. Di khabarkan biduk-biduk ini sudah tidak boleh ditumpangi lagi oleh penumpang. Berita dalaman, biduk-biduk itu sudah bocor dan berlubang digigit oleh serangga seperti anai-anai. 


Rakyat yang matang tidak terus melayan emosi, mesti gunakan minda secara rasional, kemantapan parti barisan nasional sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa membela kesejahteraan dan keharmonian dalam negara, adalah kerana sokongan rakyat jelata. 


Sehingga saat artikel ini diposkan,  keraguan kelapa mawar tentang kabinet Sabah, konon para pemimpin dalaman tidak sehaluan, sudah terjawab dengan tepat. Andai-andaian yang dicipta oleh penulis pro pembangkang seperti "kelapa mawar", sudah tertepis jauh di bawah angin yang mendayu kerana tidak berasas.


Apakah Dtk Musa akan berundur? persoalan ini sudah ditangani oleh Perdana Menteri, khabar yang tepat meniup, bahawa Dtk Musa bakal naik pangkat, mungkin beliau bakal menganggotai kabinet pusat dengan jawatan Menteri penuh.


Kelibat Yb Datuk Shafie tidak akan diterbangkan ke Sabah. Kerana beliau berbakat untuk jawatan Timbalan Presiden Parti UMNO. Jika rakyat Sabah sebulat suara tolak parti pembangkang. maka warga Sabah pertama sejak merdeka, ia itu Dtk Shafie bakal menduduki kerusi nombor dua dalam negara.


Siapa bakal pengganti untuk mengetua kabinet negeri Sabah. Ikut rentak dan budaya UMNO, setiap pemimpin yang duduk sebagai Timbalan Pengerusi di setiap negeri akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan.  Dtk Salleh anak SOLEH tetap tidak diketepikan untuk menyandang jawatan tersebut. Dengan demikian, tidak betul sangkaan sdr "kelapa mawar" bahawa dalam UMNO masih ada perebutan kuasa.


Rakyat Sabah sabar untuk menunggu pilihanraya kali ke-13. Kerajaan barisan nasional tetap memerintah semula.

No comments:

Post a Comment