Sunday 1 July 2012

nnYAB DS NAJIB BERGEGAS KE SABAH, TANGGUNGJAWAB PRESIDEN PARTI YANG BERKARISMA !! DAN SAYANGKAN RAKYAT SABAH.


Karisma kepimpinan DS Najib yang sukar ditandingi di Asia dan di Malaysia amnya, tentunya  didendami oleh sebilangan penyokong pembangkang, terutama sekali para penulis politik yang pro pembangkang seperti blog Kelapa Mawar.


Tidak cukup dengan dendam kesumat yang membara kerana dengki atas kebolehan, dengki atas ketrampilan  DS Najib, kerana beliau sentiasa memimpin negara secara berkesan, memimpin negara dengan  tidak mengira waktu dan masa, tambahan lagi beliau adalah kesayangan rakyat Sabah.


Dengan kesengajaan, sehingga ditimbulkan cerita yang bukan-bukan, cerita yang hangat-menghangatkan, agar telinga penyokonng BN panas bila terbaca spekulasi konon UMNO Sabah dilada ribut pertelingkahan,  Dan untuk menyelesaikan masalah  yang sengaja direka ini, maka memerlukan kehadiran presiden. Walhal alkesah yang disebutkan ini hanyalah sebaris pantun yang tidak mempunyai makna langsung kepada rakyat.  


Pada hal cerita ini semata-mata rekaan rambang oleh penulis blog pembangkang. Sayangnya rakyat Sabah tidak semudah itu, fahaman mereka dipesongkan. Tidak semudah dihiris dengan ungkapkata yang tajam,  meskipun lidah tohmahan yang tajam seperti sembilu, tetap tidak boleh  melukai perasaan penyokong BN. Kerana orang-orang BN sudah mengenal dahulu, tulisan yang berbentuk kaca seperti Kelapa Mawar, dibanding ulasan dan definasi oleh beberapa penulis yang tetap berkata benar meskipun tidak menyebelahi parti BN.


Disifatkan penulis yang pro BN adalah berintikan intan.Tetap rakyat pilih intan daripada kaca yang besuk lusa bakal terhempas ke batu, akhirnya rakyat kekesalan diam membisu.


Tersiar di TV sebentar tadi, bahawa DS Najib akan ke Shah Alam jam 1.30 pagi ini, kerana merasmikan majlis yang sudah sedia di atur sambil menonton perlawanan akhir euro 2012.


Diteka-tekikan oleh penulis blog pro pembangkang secara semborono ini. nampak jelas tidak kena pada tempatnya. Digembar-gemburkan konon ada pergolakkan dalam UMNO Sabah, hanyalah mainan mimpi diwaktu siang hari belaka, dan sekadar pembohongan. Tentu rakyat tidak tertipu. Rakyat sudah bijak bersilat dalam arena politik dibanding dengan penulis blog yang pro pembangkang.


Kesetiaan rakyat Sabah kepada UMNO sukar diganggu-gugat, gertakkan suara sumbang daripada penulis politik yang pro pembangkang secara semborono, tidak mematahkan semangat juang penyokong BN, kerana rakyat tahu hanya kerajaan BN sahaja dapat membela rakyat, Tiada parti lain yang berhak disokong oleh rakyat semestinya parti BN. Atas pemerintahan kerajaan BN rakyat hidup sejahtera dan harmoni.


Ukhuwah yang sebati dalam talian kental, untuk memartabatkan parti BN, rakyat tetap akan memilih semula parti BN sebagai sebuah kerajaan yang stabil dan berkemampuan menjaga negara amnya,  serta rakyat jelata khasnya.


Rekaan cerita yang tidak berasas ini, tidak menggugat keakraban para pemimpin UMNO Sabah. Yab Dt Musa dan Timbalannya Yb Datuk Salleh, tidak semudah diperlekehkan kerjasama yang sekian lama sebati dipersada UMNO Sabah. Rakyat tetap bertungkus lumus dalam memastikan Sabah kekal "fixed deposit" kepada parti Barisan Nasional akan datang.Lantaran BN dapat majoriti lebih dua pertiga, dengan gahnya dapat membentuk kerajaan yang stabil dan cemerlang. 

4 comments:

  1. HIDUP PAGARI KU MASBAK!!

    Iman tu den!!!

    ReplyDelete
  2. tunggu buku suara dari kubur hanya janji dibibir saja. baik lagi buku umno tetap tidak rebah di sabah. Bakal mempertahankan kerajaan BN

    perahu pembangkang seperti pkr tetap hanyut di lautan pasifik. Kerana parti STAR tidak mahu parti pendatang dari semenanjung seperti pkr,pas, dap untuk tanding di semua dun sabah.. SAPP bakal turunkan calon juangnya 30 kerusi bagi dun, dan 10 kerusi bagi parlimen. Selebihnya milik STAR.. Kata Ketua penerangan bahagian bongawan pengiran ahmad mokhtar.

    Paling tidak keberanian sdr Musli hanya lantang di kampung Rosok. Tapi pengundi semua habis bertapuk.

    ReplyDelete
  3. manusia merancang..Allah SWT juga merancang..sebaik-baik perancangan manusia, tidak dapat mengatasi perancangan Allah SWT...jika Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku, KUN FA YA KUN maka ia akan berlaku...ALLAHU AKBAR!

    ReplyDelete
  4. Betul doa denakkanku, setelah rakyat jelata rancang dan beri undi kpd BN dgn jayanya,Takdir Allah SWT. KUN FAYA KUN. JADILAH BN MEMERINTAH SEMULA, atas sokongan semua rakyat malaysia. Alhamdulilahirabilalamin. Allahu Akhbar Walillah Ilham. Sadakallahulazim. terima kasih DOA DOA denakkan.

    ReplyDelete