Monday 6 August 2012

3 AHLI PARLIMEN, 6 ADUN SABAH DIJANGKA TINGGALKAN ...

Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, menyeru kepada semua badan organisasi politik, untuk tidak mempolitikkan Agama. Khususnya agama Islam. Katanya, setiap agama mesti diletakkan di aras yang paling tinggi, umat islam perlu syukuri keamanan dan kesejahteraan di malaysia, ini kerana rakyat mengutamakan agama daripada politik.


Jika para pendokong politik, menganggap politik perlu diletakkan di aras yang tinggi melebihi agama, hakikatnya banyak permasalahan terwujud yang boleh  menghantui perpaduan sesama Islam. Pihak penulis politik yang beragama Islam perlu menyedari, jangan hanya  keterselesaan dengan mesej yang disampaikan dalam blog kebanyakkan   berbaur perpecahan sesama Islam.


Jika ini berterusan, maka umat Islam menjadi lemah. Musuh-musuh Islam memandang sebelah, dan memperlekehkan agama Islam.  Kerajaan barisan nasional yang dipilih oleh rakyat sentiasa menghormati semua agama dalam negara.  Dengan mengekalkan hormat-menghormati di antara satu sama lain, maka negara malaysia dapat ditadbir- urus mengikut landasan tuntutan syiar Islam.


Dengan demikian, rakyat dapat jaga akidah islam, dapat jaga akhlak Islam termasuk prasarana Islam dan perundangan Islam. Sebab itu negara kita dikenali dengan sebutan negara Islam.


DS Najib berucap dalam  majlis tadarus dan khatam al-quran serta majlis berbuka puasa, bertempat di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti Skudai semalam. Turut hadir menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


DI TAMBUNAN, Timbalan Ketua Menteri Tan Seri Joseph Pairin berkata, keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan negara, di ketuai oleh DS Datuk Najib adalah bertepatan dan menepati kefahaman bagi keperluan rakyat Sabah.


Sebagai pemimpin muda dan cergas, DS Najib telah banyak membawa perubahan yang amat ketara, tanpa membezakan kedudukan di sesebuah kawasan dalam tempoh yang sesingkatnya, ini kerana istilah barisan nasional  " janji ditepati ". Ujar Tan seri Datuk Pairin.


DI PUTATAN, Timbalan Ketua Menteri Yb Datuk Yahya Hussin, berkata bahawa tulisan kelapa mawar bertajuk 3 ahli parlimen dan 6 orang ahli Dun dijangka tinggalkal barisan nasional adalah cerita mengarut dan rekaan pembohongan semata-mata sahaja. 


Penceritaan kelapa mawar yang hanya indah khabar dari rupa, merupakan minda yang berbudaya kedunguan semata-mata, cerita ini dilontarkan, dengan bertujuan untuk melemahkan semangat perpaduan rakyat dalam barisan nasional. Cerita ini tidak akan dapat mempengaruhi rakyat. Rakyat sudah pandai memilih di antara kaca dan intan. Rakyat tidak lagi terbuai dengan seribu janji bulan dan bintang dari pembangkang, serta seribu janji kosong, dan lidah tidak bertulang dari blog kelapa mawar.


DI KUALA LUMPUR. Pembangkang asyik menaburkan kepelbagaian janji, janji menghapuskan pinjaman PTPTN, janji menghapuskan Tol, janji menaikkan royalti minyak di semua negeri, serta menurunkan harga kereta dan menurunkan cukai import. Implikasi banyak berjanji ini, akan melibat kos mencecah rm200 billion. Jika benar  agenda ini berlaku maka rakyat bakal terpinggir tidak terbela impaknya rakyat akan merana. Manakala negara malaysia bakal bangkrap.


Tentu rakyat tidak mahu dalam kedaifan. Tentu rakyat tidak ingin melihat negara muflis gara-gara pentadbir-urus yang tidak cekap. Pada masa yang sama semua barang-barang keperluan harian mendadak naik. Masih ingat kah, era pentadbir-urus Ketua pembangkang semasa berjawatan Menteri kewangan pada tahun 90-an. Pinjaman di semua bank mendadak naik. harga barang-barang keperluan harian juga dinaikkan secara total. Nasib baik disedari oleh Tun M masa itu, dan Tun M mengambilalih  kementerian tersebut. Akhirnya tadbir-urus yang berorientasikan syariah dapat menyelamatkan keadaan. Maka rakyat jelata terus hidup aman dan damai.



DI KOTA BELUD, UMNO bahagian sudah siapa-siaga untuk mengekakang kemaraan pembangkang. Dikhabarkan semua 3 Dun di Kota Belud tetap dimenangi dengan cemerlang, ini termasuk kerusi parlimen. Barisan nasional tetap optimis dengan calon-calon yang mengawakili parlimen adalah anak jati, soal calon import sudah diketepikan. Cadangan untuk mengenepikan calon-calon import telah mendapat restui daripada pengerusi barisan nasional negeri.   Hidup barisan nasional selamat tunaikan " Janji ditepati " sokongan rakyat bakal sebati. Calon-calon barisan tidak akan dikhianati.   

 

 


   

No comments:

Post a Comment