Monday 27 August 2012

DS NAJIB MEMERINTAH CEMERLANG. DTK MUSA DAN DTK SALLEH GANDINGAN TERBILANG, PUJIAN DARI DUA MANTAN PM BILANG!



Program transformasi bagi membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang maksima. Komited dan kerja keras, memperlihatkan wibawa DS Najib untuk mencipta  pembaharuan demi rakyat. Mantan PM bergelar Pak Lah,  memberikan kata-kata pujian dan sokongan kepada kejayaan Perdana Menteri Yab DS Najib. Kerana usaha beliau memajukan negara serta keharmonian rakyat.


Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yab DS Najib, berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang cukup mantap, walaupun, ketika dunia dilanda kemelut ekonomi, tapi Malaysia tetap dapat atasi permasalahan ini, malahan dapat tadbir negara dengan begitu meyakinkan. Dipetik daripada kenyataan mantan PM Dr Tun Mahathir.


Rakyat tidak perlu dengar dendangan lagu-lagu sumbang dari pembangkang. Perubahan-perubahan yang dilaung-laungkan oleh pembangkang, sekadar seperti lolongan, atau salakan anjing kepada bukit yang tersergah indah. 


Rempah rencah pembangkang, belum tentu boleh jadi penyedap masakan. Hanya sebagai dakyah untuk mengaburi mata rakyat, untuk menggamit keperolehan sokongan. sebaliknya ratusan rempah itu adalah menjadi beberapa lengkaran benang  permasalahan yang boleh meracuni pemikiran rakyat.


Pakatan yang kini sudah tidak lagi sefahaman kerana tentangan daripada DAP mengenai isu pembentukkan negara Islam. Dan mengenai isu pelaksanaan hukum HUDUD. Memungkinkan grass root PAS bakal mengundang kecelaruan sokongan. Di blog lain mengatakan PAS di minta oleh grass root tinggalkan pakatan. Ini kerana PAS boleh berjalan sendiri-sendiri tanpa menumpang dalam perahu pakatan. 


Rakyat yang sudah sedar, perlu berhati-hati agar tidak kena tempias dakyah ini. Manakala rakyat yang belum lagi sedar, maka inilah masanya, rakyat perlu atur langkah seribu, dan tinggalkan parti pembangkang yang sekejap berjanji menurunkan bidadari-bidadari dari kayangan. Besuk lusa berjanji lagi kepada rakyat, dengan janji membawa bulan dan bintang ke riba rakyat. " tetap lidah tidak bertulang " Tapi Barisan Nasional tetap dengan "JANJI DITEPATI"  


Kekerapan PM bertandang ke Sabah, adalah pertanda bahawa dalam hati beliau sentiasa tertanam rasa sayang kepada rakyat Sabah. Kehadiran beliau di awal bulan september ini, memberi lampu hijau kepada rakyat, bahawa gandingan Yab Dtk Musa dan Dtk Salleh adalah diakui diperingkat nasional sebagai kepimpinan yang sukar digugat lagi. 


Regu kepimpinan yang mantap ini, tentunya dapat menyumbang kemenangan berbentuk emas kepada Barisan Nasional. Rakyat Malaysia perlu merenung kembali kenyataan pengakuan daripada mantan PM Dr Tun mahathir dan Pak Lah, mereka mengakui pentadbiran Yab DS Najib tetap cemerlang, manakala Yab Dtk Musa dengan Dtk Salleh bersama-sama kerabat Barisan Nasional di Sabah adalah yang terbilang. 



Tiba masanya pru ke-13 ini, rakyat tetap membuat pilihan bahawa  Barisan Nasional tetap jadi pemerintah untuk negara dan rakyat.








No comments:

Post a Comment