Tuesday 7 August 2012

DATO S NALLAKARUPPAN GESA ANWAR BERTAUBAT, DAN JANGAN TIPU RAKYAT SABAH ?

Jika disogok dengan wang yang bernilai Rm500 juta, Dato S Nallakaruppan tidak berganjak, tetap berjanji untuk mendedahkan salah laku moral bekas kawan karibnya  selama 30 tahun lebih.  Kawan karib yang dia maksudkan Anwar Ibrahim.


Dipetik dari blog MIK, Dato S Nallakaruppan berkata, sudah 30 tahun lebih, beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana beliau sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar, sehingga menyebabkan banyak rakyat Malaysia tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu.


Saya tidak akan berganjak, saya tetap berjanji untuk dedahkan salah laku tersebut demi negara. Saya lakukan ini kerana saya mahu rakyat Malaysia sedar, termasuk rakyat Sabah tidak lagi tertipu dengan segala dakyah-dakyah Anwar Ibrahim.  Saya mahukan juga Anwar sedar kesilapannya, dan minta maaf kepada rakyat Malaysia yang dia tipu selama ini.  Ujar Dato S Nallakaruppan.



TULISAN KELAPA MAWAR : RAKYAT SABAH BUKAN TIDAK SAYANGKAN UMNO, TETAPI TIDAK SUKA MUSA AMAN ?.


Istilah digunapakai oleh kelapa mawar " memperjudikan " dalam tulisan ini, dilihat bahawa macam merendahkan Musa Aman. Apa tidaknya dengan menggunakan perkataan JUDI (' memperjudikan ' nasib rakyat Sabah ')  Walhal perkataan asal adalah JUDI. Kenapa tidak boleh guna perkataan ' pembelaan ' perkataan asal BELA, agar sedap dibaca dan merdu didengar dalam cuping telinga.


Apa sebenarnya dendam kesumat kelapa mawar terhadap Musa Aman. Adakah terdapat tanah-tanah  rampasan NCR di kampung Tamau atau di Dun Tempasuk? pernah diselenggarakan atas arahan Musa Aman? sehingga ungkapan dalam penulisan, melahirkan bibit-bibit kebencian terhadap Ketua Menteri Sabah itu.


Dikatakan  bahawa diluar bandar sana tidak mendapat tempias dari kemajuan adalah andaian yang tidak betul. Walau bagaimanapun, selepas pilihanraya,  BN tetap menepati janji, BN tetap menunaikan kehendak rakyat. Kali ini rakyat tetap dibela dan bukannya ' diperjudikan ' hak nasib mereka dalam barisan nasional.


Rakyat sukar dapat pembelaan, rakyat bakal terpinggir, rakyat bakal tersisih, jika ada parti lain yang mengambilalih kerajaan. Kerana hanya parti keramat barisan nasional sahaja boleh memimpin negara.


Parti barisan nasional tidak sangat memperhetongkan soal siapa bakal Ketua Menteri? Barisan nasional hanya memperhetongkan perjuangan parti demi rakyat. Kemajuan negara dan keselamatan rakyat sentiasa harmoni. Barisan nasional tolak keganasan, rakyat tolak kerosakkan harta awam. Dan rakyat tolak tipu mislihat pembangkang.  


Spekulasi  kelapa mawar dengan menamakan beberapa pemimpin, konon mereka bercadang keluar dari barisan nasional, itu menjadi hak mereka. Barisan nasional tidak dapat menghalang, itu pilihan hati berdasarkan perasaan nurani masing-masing.


Dapat dikatakan bahawa rakyat sentiasa bersedia bila masanya pilihanraya ke-13 menjelang. Sama-sama kita berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Hanya parti PAS tidak dapat berjuang untuk melaksanakan hukum HUDUD, dan PAS tidak dapat menjadikan Malaysia sebagai negara Islam, kerana Karpal sudah awal-awalagi menentang perlaksanaan dua syur yang diperkatakan oleh Nik Aziz.  

No comments:

Post a Comment