Wednesday 15 August 2012

GESAAN YB DATUK SALLEH, AGAR PAK LAJIM HJ UKIM KELUAR PARTI MENJADI ASAS KEKUATAN UMNO DI BEAUFORT.



Sokongan rakyat kepada UMNO semakin gah dan kuat, bila mana gesaan Yb Datuk Salleh kepad Pak Lajim Hj Ukim untuk keluar parti dan seterusnya meletakkan jawatan yang disandang. Gesaan ini menjadi asas kekuatan sokongan kepada UMNO oleh rakyat di  Beaufort. Rakyat  sudah begitu lantang mempertikaikan trend politik Pak Lajim yang disifatkan oleh rakyat, seperti abu di atas tunggul.


Abu Pak Lajim yang ditiup angin melekat sementara ditepian gantang parti pakatan. Rasa-rasanya abu ini bakal tidak bertahan, bila angin kuat meniup lagi, mungkin abu ini akan diterbangkan oleh angin semula. Halatuju abu ini tidak menentu. Apa kah akan melekat di tepian gantang parti lain?, kemungkinan begitu, kerana tohornya pendirian, kurangnya sifat ketegasan dalam menganuti parti serta kurangnya memahami prinsip parti.


Rakyat pernah dengar suara Pak Lajim yang lantang semasa keberadaan dalam UMNO. Akan tetapi suara lantang itu, semakin sepi dan akhirnya hilang begitu sahaja. Kenapa semakin hari suara itu tidak kedengaran. Rupa-rupanya beliau takut berhadapan rakyat. Kerana beliau membiarkan rakyat diluar bandar. Dan mereka tidak terbela di bawah era pimpinan Pak Lajim. Maka inilah kesalahan besar Pak Lajim kepada rakyhat Beaufort. Dan kesalahan secara sengaja ini sukar untuk dimaafkan oleh rakyat disitu.


Sewajarnya Pak Lajim tahu tugas yang dari rakyat untuk rakyat. Memajukan kawasan adalah penting dan mesti didahulukan. Sepatutnya Pak Lajim tidak meminggirkan rakyat di parlimen Beaufort.  


Kenyataan yang membuka pekong didada  Pak Lajim, semasa jadi Timbalan Menteri akhirnya terhidu oleh rakyat. Kegagalan Pak Lajim untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat akhirnya dibocorkan oleh Pak Lajim sendiri. 


Tersiar di media tempatan semalam, Pak Lajim mempertikaikan kemajuan di luar bandar kawasan parlimen Beaufort. Kenapa harus terbiar begitu?  sedangkan  semua yang dipertikaikan adalah masih tanggungjawab ahli parlimen Beaufort. Pak Lajim tuding jari kepada siapa?. Inilah yang dikatakan, tidak dapat melihat gajah-gajah didepan mata. Di sebelah lautan yang amat jauh Pak Lajim boleh nampak beberapa ekor kuman!.   


Kami di Beaufort tetap menyokong parti UMNO, kami tidak berganjak, Kata Sdr Awang Damit yang sempat saya temui semalam di pekan tanjug aru. Beaufort mempunyai banyak pemimpin pelapis yang berkebolehan, daripada Pak Lajim. Di Beaufort ada anak tempatan seperti Datuk Azizah Ketua Wanita Bahagian. Ada Ketua Pemuda Bahagian. Tidak kurang juga hebatnya sdr Isnin Timbalan Ketua UMNO Bahagian.


Di Kota Belud, Yb Datuk Salleh Speaker Dewan Undangan, menggesa parti-parti pembangkang tampil ke hadapan untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah. Beliau menambah, RCI yang ditubuh perlu dihormati, kerana RCI adalah sebuah mekanisma, untuk mencari jalan  mengatasi masalah  rakyat dan menepis kebimbangan pihak pembangkang. 


Yb Datuk Salleh menambah, meminta kepada semua rakyat agar penubuhan RCi tidak dipolitikkan. Rakyat perlu menyambut baik tugas-tugas yang murni, yang bakal diusahakan oleh badan-badan yang terpilih untuk menganggotai RCI ini. 



Rakyat mesti menunggu keputusan dari RCI.  Denmgan keputusan demikian Maka ketidaksabaran pembangkang terjawab,keluhan  pembangkang  tertepis. Setelah   anggota RCI memulakan tugasan masing-masing.


Keputusan yang berkibar kebenaran adalah ditangan rakyat. Kerana rakyat yang buat penentuan, dan rakyat juga yang memilih Kerajaan. Parti Barisan Nasional tetap kembali memerintah.   
  


No comments:

Post a Comment