Friday 3 August 2012

ANU WAR PENING DUA KEPALA !, TIDAK DAPAT MEMANCING SOKONGAN DI TAWAU ?


Jika ketua Umum Parti Kebejatan Rogolan (PKR), mahu melawat lagi ke bumi Sabah. Ini membawa dua misi. Pertama ingin mencari individu dari barisan nasional yang boleh dijinak-jinakkan, dan seterusnya boleh diajak untuk disaifulkan. 


Misi kedua ingin memancing pemimpin dari kerabat barisan nasional, dengan umpan-umpan yang lumayan. Dengan tujuan individu yang termakan pancing tadi terus dijanjikan seribu bulan datang ke riba.


Tetap dianggapkira bahawa maksima wakil parlimen yang keluar dari parti barisan hanyalah dua orang sahaja. Memang dua orang wakil parlimen ini, sudah dikenal pasti tidak mempunyai etika sokongan dari rakyat, dan tidak menghormati hati nurani rakyat. Almaklumlah sudah menjadi peribahasa melayu " Talam Dua Muka " 


Di antara 25 orang ketua bahagian, hanya satu sahaja perahu biduknya sudah berlalu. 24 orang ketua bahagian masih kekal lagi untuk mempertahankan kedaulatan parti barisan nasional. 


Secara perkiraan kasar, barisan nasional kehilangan 2 kerusi. Bakinya 23 sudah dalam genggaman parti kerajaan. Jika  berlaku  pertembungan dalam pilihanraya di parlimen Baeufort, andai kata dicalonkan Yb Datuk Azizah, yang digeruni oleh rakyat Beaufort, mungkin beliau bakal di tentang oleh Yb Dtk Lajim. Selazimnya kekalahan tetap mewarnai baju Dtk Lajim.


Terbukti faktanya semasa pertembungan dalam merebut jawatan ketua bahagian yang lalu. Kekalahan yang masih dianggap menang, kerana hanya belas-belas undi sahaja Dtk Azizah kalah. Ada kemungkinan semasa pengiraan undi ada jawantankuasa yang condong kepada penyandang, maka wujud pembelotan, dan kesengajaan tersilapkira.


Walau bagaimanapun dalam pertembungan melalui meja pilihanraya, nampak-nampak kerusi parlimen Beaufort tetap disandang balik oleh parti barisan nasional.


Parlimen Tuaran tidak akan dimenangi oleh Bumburing, selagi Yb Datuk Jahid masih bernafas dan masih disenaraikan untuk calon barisan nasional. Khabar-khabar yang meniup dari Tamparuli dalam kawasan parlimen Tuaran, pengaruh dan populariti 70 peratus memihak Yb Datuk Jahid. 


Jika Anu War berdegil juga datang ke Sabah, tentu perasaannya bakal mengundang kekeciwaan yang amat sangat. Bakal menghadapi kepedihan dalam hati yang sukar di ubati.


UMNO Tawau mempunyai pejabat yang indah dan serta banguannya tinggi melangit. Sesiapa pun datang menyerang tetap pembangkang kecundang. Anu War tidak semudah itu dapat menghina dan merendahkan Yb Datuk Ghafur. Kesetiaan dan ketulusan dalam barisan nasional, Dtk Ghafurlah orang pertama yang selalu menjadi penasihat. Siapa Anu War,  dibanding dalam diri Dtk Ghafur yang tidak pernah tercalar namanya dalam persada politik. Dtk Ghafur tidak pernah terpalit dengan berbagai skandel. Harapan Anu War memancing Dtk Ghafur seperti peribahasa kata, " jauh panggang dari api ".


Anu War yang pembawa bara api, semakin didekati semakin juga menggigit wap bara apinya, mengapi-apikan perasaan rakyat jelata. Siapa yang tidak sedari, dan masih berdegil memberikan sokongan kepada " Parti Kebejatan Rogolan "  PKR, bakal menyesal seumur hidupnya.  


Mari kita sama-sama gembelingkan tenaga  sama-sama lontarkan pendapat secara keterbukaan demi generasi mendatang. Hidup istilah " JANJI DITEPATI " Rakyat selamanya bersenang hati.

No comments:

Post a Comment