Monday 20 August 2012

KHABARNYA PANDIKAR BAKAL DUDUK DIKERUSI PEMAIN SIMPANAN! TIDAK DITURUNKAN SEBAGAI CALON PRU KE-13?



Jika benarlah cerita dari mulut ke mulut yang memanaskan kedai-kedai kopi di Kota Belud semalam. Konon-konon Pandikar tidak lagi diperlukan dalam gelanggang persilatan pru ke-13. Ini kerana, pihak pimpinan negeri mahukan seorang anak muda yang baru, berstatus anak jati, bakal dicalonkan di parlimen  Kota Belud.


Anak muda ini yang dianggap berkarisma serta bertanggungjawab ini, tambahan lagi suka mendampingi rakyat. Mulutnya sentiasa berbudi bahasa. Mulutnya tidak celupar seperti keceluparan Sdr Rahman. Anak muda yang berwatak sederhana ini, amat disenangi oleh rakyat Kota Belud. Jika rakyat ada keuzuran, jika rakyat ada kesusahan anak muda ini cepat menghulurkan bantuan. Dan sikap begini menjadi pilihan rakyat di kawasan parlimen Kota Belud


Anak muda yang memang mempunyai akademik dalam bidang politik, adalah wajar dicalonkan, diwajari untuk disokong, jika pencalonan anak muda ini jadi realiti. Tentu pemimpin veteran seperti Pandikar,akan ditugaskan untuk berihat, dan akan duduk dikerusi simpanan, Pandikar wajar menerima hakikat, beliau perlu tabahm, dan sabar untuk menunggu giliran dan tidak perlu sakit hati.


Sesuai Pandikar tidak dicalonkan pada pru ke-13 ini,. Pada kebenaran cerita, pandikar kini tidak mempunyai jawatan di bahagian Kota Marudu. Justeru itu, ada individu berpendapat, bahawa pucuk pimpinan negeri perlu memberikan peluang kepada mereka yang berjawatan di bahagian. Pimpinan negeri perlu  melihat politik yang berintikan ketulusan, berintikan kejujuran, tambahan lagi,mereka mesti pendokong politik yang berwawasan. 


Dalam jangka masa panjang, golongan muda ini dapat bermuhasabahdiri, serta menjatikandiri sebagai pemimpin yang bertaraf nasional. Trend politik anak-anak muda sebegini, yang rakyat sentiasa didahulukan, rakyat tidak akan terpinggir. Ramalan bagi kemenangan parti barisan nasional tergambar begitu cemerlang. Ujar salah seorang yang tidak mahu namanya disebutkan melalui cyber ini.


Untuk menentukan situasi Pandikar, samada tercalon atau akan terduduk rehat di bangku pemain simpanan. Cerita ini hanya atas budi bicara YB Datuk Salleh sahaja,  yang boleh memberikan ketentuan. Sebagai Timbalan Pengerusi UMO Sabah, merangkap Speaker Dewan Undangan, maka saranan Yb Datuk Salleh mempunyai advantage yang lebih bermenfaat daripada desas-desus yang hangat dikhabarkan kini.


Rakyat Kota Belud tidak perlu gusar tentang khabar ini. kerana sudah menjadi lumrah hidup dalam politik. Seperti yang dikatakan oleh ahli-ahkli sasterawan," Yang patah akan tubuh dan  manakala yang pergi tetap ada pengganti ". Parti barisan nasional tetap "menepati janji" 


Sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, saban hari selayaknya akan menjadi Pengerusi UMNO Negeri, tentunya di Dun Usukan, rakyat  tetap memerlukan kepimpinan Yb Datuk Salleh.


Ini keranam, gandingan mantap Yab Datuk Musa, dengan Timbalannya, sudah direstui oleh pucuk pimpinan pusat. Yab DS Najib  awal-awalagi telah memberikan keyakinan kepada kedua orang ahli tokoh politik di Sabah ini. Kesepakatan dalam parti barisan nasional, juga menguatkan lagi azam rakyat, barisan nasional bakal jadi pemerintah di Sabah.

















No comments:

Post a Comment