Saturday 4 August 2012

PAK LAJIM SUDAH TINGGALKAN PEJABATNYA SEJAK BULAN MAC 2012!

Di petik dari blog MIK, masa yang sama tersiar di TV3, menceritakan kesah benar mengenai Pak Lajim makan gaji buta sejak bulan mac 2012. Kerajaan secara jujur sentiasa membayar gaji Pak Lajim secara berterusan. Sedangkan Pak Lajim sudah tinggalkan pejabatnya dan semua barang-barang milik peribadinya dibawa bersama.


Kerajaan barisan nasional sentiasa hormat  kepada rakyat yang menyokong parti barisan nasional, dengan tidak menyedari perilaku dan tipudaya Pak Lajim yang sudah nekad sejak bulan mac lagi. Malahan nekadan tipu muslihat yang melibatkan hak-hak rakyat Beaufort, perkara yang tidak wajar dilakukan oleh Pak Lajim. 


Jikapun Pak Lajim mahu keluar dari parti barisan nasional, bertindaklah seperti seorang wakil rakyat yang berbudi pekerti, janganlah susahkan rakyat, rakyat beaufort tidak boleh diabaikan. Rakyat Beaufort tidak boleh dipinggirkan. janganlah buat pejabat barisan nasional di beaufort sebagai meja billiard. Kesihanlah rakyat di situ. Mereka perlu dibela, mereka berhak pembelaan, kerana mereka memberi kemenangan kepada Pak Lajim.


Kerajaan memberi gaji kepada pak Lajim agar hormatilah rakyat. Dengarlah permasalahan masyarakat yang memerlukan pembelaan. Berkhidmatlah secara jujur, dan jangan suka curi-curi tulang. Kesalilah perbuatan dan penipuan Pak Lajim kepada rakyat. Boleh dikatakan gaji yang dibayar itu adalah duit rakyat. Jika ditanya kepada para ustaz, dan para ulama, mungkin yang dibayar oleh kerajaan kepada Pak Lajim adalah dianggap tidak halal.


Kenapa harus bersikap tipu rakyat sendiri. Rakyat yang banyak berjasa kepada parti barisan nasional serta memberi kemenangan kepada Pak Lajim perlulah diutamakan.


Wajarlah Yb Datuk Salleh, telah bersuara untuk meminta Pak Lajim meletakkan jawatan. Sememangnya berkewajaran Pak Lajim meletakkan jawatan dari bulan mac 2012 lagi. Teka-teki dan kelangsian haruman musang berbulukan ayam, seperti  Pak Lajim sudah menepati sangkaan dan seruan Yb Datuk Salleh. 


Pru ke-13, Yb Datuk Azizah akan membelasah dan akan mengalahkan Pak Lajim, atas perbuatan  tidak berkhidmat kepada rakyat secara telus dan tulus. Terimalah padanya tentang kekalahan Pak lajim bila bertembung dengan Datuk Azizah pada masa piliharaya yang bakal diadakan bila-bila dari sekarang.  


 

No comments:

Post a Comment