Sunday 25 March 2012

BN AKAN MENANG CEMERLANG JIKA DTK MUSA AMAN DIGANTIKAN.

Rakyat Sabah akan turun ke padang dalam usaha untuk memberikan kemenangan kepada calon calon BN. kemenangan besar ini adalah sebagai hadiah Rakyat kepada BN untuk pru ke-13 akan datang ini.

Sumber yang dipetik dari Rakyat, bahawa Rakyat akan meminta pucuk pimpinan BN Yab Dtk Najib, merangkap Presiden UMNO untuk menggantikan Ketua Menteri Sabah yang sudah dikira lama memegang jawatan Ketua Menteri.

Selama dua penggal memerintah adalah memadai bagi keharmonian pemerintahan BN. Jika terlalu lama dalam jawatan Ketua Menteri, kekadang ada rakyat yang kurang bersetuju, dan lantaran sokongan mereka kepada BN akan berubah dan malap sama sekali.

Rakyat akan berjanji kepada pucuk pimpinan BN bahawa jika hasrat rayuan dipenuhi untuk buat penggantian jawatan Ketua Menteri Sabah. "INI KALI LAH". 25 kerusi Parlimen sapu bersih, manakala 60 DUN tetap dalam genggaman calon calon BN untuk dimenangi.

Di tanya kenapa hanya dua penggal sahaja diberikan masa sebagai Ketua Menteri??. Mereka menjawab rakyat tidak mahu berlakunya  salah kuasa dengan memberikan ruang kepada kroni kroni jika ada.

Bagi kemantapan pemerintahan BN, adalah bersesuaian jika pucuk pimpinan menghadkan tempoh memegang jawatan sebagai Ketua Menteri mestilah disarankan dalam masa dua penggal sahaja.

No comments:

Post a Comment