Friday 9 March 2012

DTK SALLEH PILIH WAKIL PARLIMEN ATAU DUN USUKAN!!!

Bila di ajukan soalan Dtk Salleh pilih DUN atau Parlimen? Soalan yang sukar untuk dijawab.
Soalan ini turut dikongsikan bersama untuk buat ramalan, samada Dtk Salleh pilih DUN Usukan atau Parlimen. Dalam pru ke-13.

Jika pucuk pimpinan BN, Pengerusi YB Dtk Najib meletakan Dtk Salleh sebagai calun untuk DUN Usukan, kemungkinan jawatan Ketua Menteri bakal disandang oleh Dtk Salleh.

Tapi pucuk pimpinan tidak meletakan Dtk Salleh calun mewakili DUN. Kemungkinan Harapan Jawatan Ketua Menteri bakal disandang oleh calun yang lain.

Jawatan Ketua Menteri bakal digilirkan kah?. Jika tidak digilirkan kepada calun parti rakan BN. Apa intimidasi rakan rakan dalam BN!

Dalam usaha menggamit sokongan penyokong penyokong dari parti Komponen. Pemimpinan BN  perlu ada iltizam yang berkesan.

Pihak parti pakatan yang sudah berpakat, sentiasa melihat ruang mereka untuk tampil ke hadapan dan mengisi yang kosong, agar penyokong BN mengalih sokongan kepada mereka.

Seandainya Dtk Salleh dinobatkan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas pru ke-13 ini. Masalah rakyat K.Belud masih dalam keadaan berterusan dengan seribu satu masalah atau dapat dikurang permasalahan mereka?.     

Apa kah DUN Kedamaian dapat memiliki perubahan yang drastik? Harapan penyokong di situ tidak berterusan dengan  timbun timbunan permasalahan.

Bagaimana masalah rampasan tanah Warisan turun temurun Kampung Rampayan milik masyarakat Iranun, akan bakal menemui distinasi penyelesaian?? atau hanya tinggal tarian RAMPAIAN.

Bagaimana pula alkesah SK Tamau. Berterusan kah BN tidak mau! Atau nama Sekolah ini ditukar kepada nama baru ia itu SK TAK MAU.

Akan menjadi kenyataan kah arena persawahan padi Kampung Tawadakan, Kampung Merbau dan Kampung Tamau mendapat mini jelapang Padi?? Semua ini akan terjawab bila Datuk Salleh jadi KETUA MENTERI!

No comments:

Post a Comment