Friday 9 March 2012

DTK SALLEH CUKUP BERSEDIA KAH PRU-13?

Duduk bersantai dengan sebuah Restoran di Kota Kinabalu, bersama Sdr Rosmin Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian K.Belud. Saya sempat bertanya dengan beliau. Pertanyaan saya ringkas sahaja, cukup sedia kah Dtk Salleh menghadapi pilihanraya akan datang ini?.

Beliau melontarkan senyum yang lebar dan berkata, tanya pada angin angin yang meniup sepoi, tanya pada dedaun kering yang bertaburan katanya.

Saya terus dapat fahami maksud kata puitis Sdr Rosmin itu. Ayat ayat di ibaratkan seperti angin, menunjukan maknanya buat tidak tahu semua masalah rakyat Kota Belud. Masalah SK Tamau. Masalah rampasan tanah Warisan turun temurun di Kampung Rampayan.

Ayat pada dedaun kering yang bertaburan, dapat saya tanggapi, bahawa masalah Empangan Air di Kampung Tambatoun sehingga hari ini belum ada berita baik untuk didengari, belum ada berita yang sedap telinga mendengarnya.

Ujar Sdr Rosmin, seperti menunggu buah yang entah bila akan gugur ke bumi. Seperti se ekor burung pungguk yang rindukan sang bulan.

Baitan kata kata ini seperti maknanya, rakyat sedang menunggu lawatan semua Ahli DUN Usukan, DUN Tempasuk termasuklah Ahli Parlimen dan Yg Berhormat Speaker Dewan undangan Negeri, merangkap Ketua UMNO Bahagian. Buah bila akan gugur?, membawa makna, bila kah masanya mereka ini turun ke padang berjumpa dengan rakyat.

Jika Dtk Salleh tidak turun berjumpa dengan Ketua Ketua Cawangan. Ada kebarangkalian pihak pembangkang akan mudah mempengaruhi penyokong sebati Dtk Salleh.

Pihak pembangkang akan mengeksploitasikan cerita cerita yang sensasi. dan semudah itu rakyat akan terpengaruh dan akhirny rakyat mendokong perjuangan pembangkang.

No comments:

Post a Comment