Saturday 24 March 2012

ULASAN KELAPA MAWAR TENATNG MESYUARAT UMNO KOTA BELUD HANYA TERLEPAS PANDANG

Ulasan Kelapa Mawar bertajuk "RAMAI TIDAK PUAS HATI DALAM MESYUARAT UMNO BAHAGIAN" disifatkan sebagai ulasan yang terlepas pandang dan tidak memahami mesyuarat tersebut.

Pada hakikat sebenarnya tiada berlaku keributan dalam mesyuarat. Tiada rahsia yang disembunyikan kepada Ajk Bahagian. Semuanya hanya spekulasi Kelapa Mawar sahaja. Kelapa Mawar buat ulasan sekadar terlepas pandang.

Istilah keributan dan pergeseran pendapat memang tidak sama. Sebutan pun sudah berbeza. Ribut dan geser. Jika dalam mesyuarat banayak Ajk mengutarakan pendapat yang berorientasikan tidak setuju. Bagi bagi tanggapan Kelapa Mawar dipandang secara keributan.

Pengerusi masa itu Yb Datuk Salleh yang bersikap toleran mesti membuka satu isu untuk dibahas. Selepas dibahas baru dapat keputusan.

Sewajarnya tidak boleh didedahkan kepada media bacaan. Walau pun Kelapa Mawar ada mata dan telinga dalam Bahagian. Ujar salah seorang Ajk Bahagian yang kurang berpuas hati terhadap komen Kelapa Mawar.

Seorang bloger dan penulis bebas seperti Kelapa Mawar perlu berhati hati dalam membezakan yang mana satu rahsia parti dan yang satu lagi untuk bacaan umum. Kata salah seorang Ajk Bahagian yang turut melontarkan ideanya kerana rahsia Bahagian selalu terdedah kepada umum.

Penulis dan pengulas wajar gunakan perkataan berhemah untuk sedap dibaca oleh umum. Penulis yang berani mesti tidak gunakan nama samaran. Kerana nama seperti samaran disifatkan takut pada bayang bayang penulisannya.

Ajk Bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan, menganggap bahawa Kelapa Mawar memang ada saudara dalam Bahagian. Sebab itu rahsia mesyuarat sekelip mata diperolehi oleh Kelapa Mawar.

Dakwaan Kelapa Mawar ada ugutan yang cuba menyerang kerana keputusan mesyuarat dalam tangan untuk disiarkan, sebenarnya hanya intimidasi Kelapa Mawar sahaja.

Seorang Ajk Bahagian akan sarankan kepada Datuk Ketua Bahagian, agar mesyuarat khas diadakan secara tertutup. Bakal yang menghadiri mesyuarat tersebut hanya tertentu sahaja. Kemungkinan Timbalan, Naib, Ketua Pemuda ,Ketua Wanita, ketua Puteri, Setiausaha Bahagian, Bendahari dan Ketua Penerangan.

Sebarang keputusan ada kemungkinan sukar untuk didedahkan kepada Kelapa Mawar.

No comments:

Post a Comment