Sunday 18 March 2012

HAK HAK SABAH TIADA YANG DI AMBIL OLEH PUSAT. SEBALIKNYA PEMIMPIN TERDAHULU YANG BERIKAN. HUJAH YB DATUK SALLEH TUN SAID SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI.

Pemberian yang dikatakan hak hak Sabah oleh para pemimpin terdahulu. Adalah atas persetujuan bersama,semasa menyertai Malaysia.

Pihak yang tertentu konon Kerajaan Persekutuan merampas hak hak rakyat Sabah adalah tidak betul. Ujar YB Datuk Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Badan UMNO Sabah.

 Perkataan merampas adalah tidak tepat. kerana penyertaan Sabah masuk Malaysia juga atas persetujuan pemimpin pemimpin Sabah yang mewakili rakyat masa dahulu.

Apa yang dihuraikan oleh Kelapa Mawar. Dalam penggunaa bahasa RAMPAS, kemungkinan tidak banyak merujuk istilah bahasa melayu yang bertepatan dan berbudaya.

Kuala Lumpur tidak seganas yang Kelapa Mawar bayangkan. Kuala Lumpur adalah Pusat Pentadbiran Persekutuan. Ada kebarangkalian Kelapa Mawar terlepas pandang terhadap bahasa yang bertepatan untuk digunakapakai dalam penulisan semasa.

Dalam coretan ini. Pendapat Kelapa Mawar kurang tepat dan meleset sama sekali. YB Datuk Salleh membuat kenyataan berdasar kejujuran dan keikhlasan agar rakyat tahu cerita sebenar.

Kelapa Mawar yang membuat andaian bahawa konon kenyataan YB Datuk Salleh sekadar membuka pekong di dada BN perlu ditarik balik.

Rakyat Sabah sudah lama  faham bahawa, sejak kerajaan USNO, Kerajaan Berjaya dan PBS. Para pemimpin dahulu sentiasa perjuangkan isu royalti minyak agar Pusat dapat pertimbangkan untuk naik ke-20 percent. Kerajaan BN hari ini pun sentiasa mencari jalan agar royalti minyak mohon dicadang untuk dinaikan.

Stail kepimpinan yang matang dan berkarisma seperti YB Datuk Salleh, tetap tidak akan melayan sebarang cabar mencabar sebagaimana yang diartikelkan oleh Kelapa Mawar.

Yb Datuk Salleh Tun Said, berkata cabar mencabar bukan dapat merubah status kemajuan untuk rakyat. Apa yang penting kita mencari jalan untuk memajukan kawasan rakyat yang masih terpinggir masa kini.

Pada hakikatnya pemimpin terdahulu, semasa Kerajaan BERJAYA. Mereka bukan RAKUS dalam pemerintahan sebagaimana Kelapa Mawar perkatakan.

Kerajaan BERJAYA memikirkan bahawa jika Pulau Labuan diserah kepada Wilayah Persekutuan, kemungkinan taraf ekonomi rakyat Labuan akan berubah. Kemajuan Pulau itu dapat pemerhatian di seluruh Dunia dengan melebalkan Pulau itu terkecuali dari cukai.

Ada kemungkinan rakyat sekarang sudah menerima hakikat bahawa Pulau Labuan setepatnya diserahkan di bawah kuasa Wilayah Persekutuan. Dan tidak wajar dikatakan istilah MENGGADAI.

Kelapa Mawar dalam ulasanya suka menggunakan bahasa bahasa seperti rakus, dan menggadai. Rakan saya mengatakan Kelapa Mawar yang sangat RAKUS dengan penggunaan bahasa yang kurang berbudaya dan berilusi.

Rakan saya berpendapat, seorang penulis mesti buat ulasan dengan menggunakan istilah istilah peradaban bahasa. Kerana bahasa yang berbudaya menunjukan keperibadian yang mulia.

No comments:

Post a Comment