Thursday 15 March 2012

YB DATUK SALLEH CALUN PILIHAN RAKYAT DI DUN USUKAN!

Ada kebarangkalian,Yb Datuk Japlin sudah tiada dalam senarai sebagai calun di Usukan dalam pru ke-13. Ujar seorang penyokong setia Yb Datuk Salleh. 

Sumber yang dipercayai dibawa oleh angin yang meniup kencang, bahawa berita yang mengatakan Yb Datuk Japlin tidak akan dicalunkan semula sudah sampai ke telinga rakyat di DUN USUKAN.

INI KALI LAH, sudah tiba masanya giliran Yb Datuk Salleh yang diwar-war sebagai calun di DUN USUKAN akan menjadi kenyataan. Mungkin juga Jawatan Ketua Menteri bakal disandang dan diberikan kepada beliau.

Para penyokong akar umbi UMNO di Usukan menafikan kenyataan KELAPA MAWAR, konon kekuatan pengaruh Yb Datuk Salleh bukan kerana kewangan.

UMNO mula bertapak di Usukan. Calun UMNO yang tunggal memenangi kerusi DUN di Sabah ialah Yb Datuk Salleh. Pada Pru ke 9/1994 BN menang dengan undi yang diperolehi sebanyak 7,126 undi. Majoriti 3,624 undi.

Pengaruh UMNO memang sudah lama tertanam dengan bisanya yang sukar dihilangkan oleh pihak lain.
Jika Sdr Musli mencabar Yb Datuk Salleh, ada kemungkinan Sdr Musli akan kehilangan wang pertaruhan.

No comments:

Post a Comment