Monday 12 March 2012

HANYA SATU KELEBIHAN? TIDAK BANYAK KELEBIHAN!!! DTK HJ MUSBAH

Memang tidak banyak kelebihan tentang perwatakan Dtk Musbah. Sdr Kelapa mawar katakan hanya satu kelebihan sahaja sehubungkait dengan kepimpinan Hj Musbah.

Nampaknya kalau seorang pemimpin hanya memiliki satu kriteria pimpinan, maka masih belum lagi dikatakan mencukupi walsifati karisma seorang pemimpin.

Seorang pemimpinan yang serba boleh, ke timur ke barat untuk jumpa rakyat tentu disenangi oleh rakyat. Umpamanya dari musim durian hingga musim rambutan, maka pemimpin itu masih juga bersama rakyat. Tetap memahami masalah rakyat, tetap membantu menyelesaikan permasalahan dan aduan rakyat, maka pemimpin itu lebih dari satu kelebihan.

Inilah yang dikatakan seorang pemimpin kerana memiliki kepimpinan lebih dari satu kriteria kepimpinan.

Bagaimana rakyat harus bangga! bagaimana rakyat harus menyokong dan mendokong seseorang pemimpin jika memiliki hanya satu kelebihan!

Jika dibanding dengan YB Datuk Salleh. Beliau memiliki kriteria kepimpinan yang meluas. Malahan melebihi  dari satu. Justeru itu, beliau memiliki berpuluh puluh kelebihan.

Rakyat sudah lama terbuka mata, bahawa hanya Yb Datuk Salleh sahaja, akan membawa Sabah ke Negeri yang maju serta rakyat hidup cemerlang.

Negeri Di Bawah Bayu ini, memang memerlukan YB Datuk Salleh. Jika Jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Beliau. Kebarangkalian wajah pekan Kota Belud tidak tersorok lagi di mata dunia pelancungan. Taraf kemiskinan juga akan tetap boleh diatasi. Insya Allah.



 

2 comments:

  1. politic is a numbers...satu kelebihan yg tdk dimiliki oleh pemimpin lain adalah kelebihan yg wajar dimanfaatkan. Inilah pemerhatian saya, kelebihan turun padang ketika acara perkahwinan dan kematian di sekitar KB, hanya dimiliki oleh Datuk Musbah.

    ReplyDelete
  2. Turun padang krn kematian perlu dlihat ikhlas atau krn politik. Turun padang krn majlis prkhwinan bukan asas sbagai pencerminan ahli politik. Krn ramai msyrkt turun menghadiri mjlis prkhwinan. Konsep ini sya kurang merestui pndapt klapa mawar. Dan ini bukan gamitan prkataan dri ahli politik.

    ReplyDelete