Monday 28 May 2012

20 PERKARA, DATUK SALLEH TUN SAID MENYIRAMKAN HUJAHNYA..

Setiap individu mempunyai keyakinandiri dan kebenaran setiap hujahan yang dilontarkan. Memiliki suara yang menjadi titiktolak untuk penyampai message kepada  masyarakat untuk divaluekan.


Di peringkat masyarakat kampong, masyarakat ahli ahli wakil rakyat dan masyarakat pemimpin parti, tidak terbatas memberikan hujahnya. Selagi masih diperlukan. setiap golongan ini berhak menyuarakan tentang isu perkara 20, seperti yang disebutkan dalam blog Kelapa Mawar. 


Berjawatan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Merangkap Speaker Dewan Undangan, Yb Dtk Salleh, diagakira bertepatan dengan lontaran hujahnya tentang perkara 20. Sebagai ahli UMNO semua titikideanya mesti sealiran dan senada dengan parti yang dianggotai. Mana mungkin bisa diamalkan, Feri yang kita tumpang, maka Feri itu juga kita tenggelamkan. 


Sekadar pergeseran pendapat di antara para pemimpin dalam BN. Masyarakat pemimpin hanya menyumbang pendapatnya dalam konteks perkara 20 ini. Istilah yang diperkatakan perbedaan pendapat ini bukan membawa dalam gelanggang bernadakan kecaman. Atau tidak wujud istilah cemuhan, kerana mereka  dalam satu Feri yang bergelar BN. 


Tetap diakui dengan benar, bahawa meskipun satu bantal, setiap mimpi itu tetap berlainan. Setiap persepsi masyarakat pemimpin mesti ada perbedaan tafsiran. Pada episod akhir, semua hujahan yang berlainan itu,akan bercantum juga. Kerjasama masyarakat pemimpin, seperti aur dengan tebing. justeru itu, Feri BN akan tetap sampai ke distinasi kemenangan. Kemenangan mutlak yang lebih dari dua pertiga bakal dalam genggaman. 


Masyarakat pengulas politik mesti mempunyai daya pemikir pengertian istilah. Setiap nada pemimpin perlu diperhalusi dengan penelitian yang berbentuk kesusasteraan.. Bukan bermakna  bahawa saya  orang sastera. Maksudnya dalam tulisan saya ini,  biarkan semua ulasan mesti mendepani ke satu pengertian yang bersudutkan akan sastera.


Dalam konteks bicara tentang PERKARA 20 ini. Tiada tanda tanda yang membolehkan penyertaan ahli akademik untuk turut membincangkan isu ini. Kerana para pemimpin Sabah yakin isu ini dapat tangani dengan berkesan.


Rakyat tetap yakin terhadap keupayaan pemimpin UMNO. Jika ada yang terlepas pandang pun, pemimpin dari Sabah tentu akan sentiasa memperhalusinya untuk kepentingan rakyat dari Negeri di Bawah Bayu. 


Para pemimpin Sabah lebih memahami di antara kenyataan yang berbentuk Sejarah atau kenyataan Politik. sebab itu jika semua rakyat Sabah sentiasa tidak bergelut dalam pergeseran pendapat. Pemimpin Sabah berpeluang untuk ke jawtan Timbalan Presiden UMNO akan datang.


Menduduki tempat meja yang bernombor dua dalam Negara.. Doa dan harapan untuk bakal duduk meja nombor satu dalam Negara tetap dimiliki oleh  Sabah. 


 Pru ke 13 ini, semua rakyat Sabah perlu gembelingkan tenaga, semua para penulis politik perlu menyumbangkan tulisan yang bercondongkan sokongan kepada BN sabah. 25 kerusi Parlimen jika semunya dalam genggaman BN Sabah, maka laluan ke Timbalan Presiden UMNO, tidak boleh disangkal lagi.. Kerabat kerabat UMNO di Semenanjung tetap setuju untuk memberikan peluang ke jawatan tersebut.


Bila sudah ke kerusi nombor satu nanti,  semua isu yang tertulis dalam PERKARA 20, dan masalah yang masih menyelimuti rakyat sabah, secepat kilat tentu dapat di atasi.











 




 

No comments:

Post a Comment