Saturday 19 May 2012

TS PANDIKAR TIDAK REHATKAN, DSP SALLEH TETAP DICALONKAN.


Pada realitinya, pru ke 13 akan memening kepala pucuk pimpinan jika menurunkan calon calon yang belum pasti menang. Kebarangkalian yang sebenar, jika menurunka calon calon dari muka baru, tetap tenggelam diperairan pru ke 13 ini.


Pucuk pimpinan akan menggaru kepala kerana kegagatalan memikirkan, jika calon yag bakal diturunkan dalam gelanggang persilatan pru ke 13 ini, secara payung terjun, tambah gelap kemenangan lagi, jika trend pencalonan di ambil dari kriteria import.


Pencalonan yang tidak mengenepikan anak jati, tentu dapat menyelamat BN di Parlimen Kota Belud. Dan trend ini tidak dianggapkira menidakkan kebolehan dua orang tokoh politik di daerah tersebut.


Kewajaran  bagi pucuk pimpinan meletakkan anak jati sebagai calon BN, kerana tidak ingin kehilangan kerusi DUN dan kerusi Parlimen di situ.  Malahan semua bahagian UMNO di Sabah perlu diletakkan anak jati kawasan masing masing. Ini kerana mengelakkan ditimpah kekalahan. Lantaran  kemenangan yang mutlak sentiasa dalam genggaman.


Tiada kewajaran jika TS Pandikar disenaraikan dalam simpanan pemain pru ke 13. Jika ingin mengidamkan kemenangan  BN yang cemerlang, TS Pandikar wajar diutamakan sebagai calon penting, samada di DUN Tempasuk atau Parlimen.


Tokoh yang kedua DSP Salleh, pengaruhnya yang begitu kental tidak semudah itu terpadam dalam hati para penyokong penyokong BN di DUN Usukan. Samada kerusi Parlimen atau DUN, beliau tetap pilihan rakyat. Kemenangan tidak perlu disanggah lagi. Kedua dua pemimpin ini bakal mencipta kemenagan yang cemerlang.


Jika pucuk pimpinan berubah haluan dan tidak meletakkan mereka sebagai calon untuk pru ke 13 ini, Tangan pucuk pimpinan terus menggarui kepala yang tentu bertambah gatal memikirkan, kekalahan calon BN nanti bakal jadi realiti. 


Untuk menghalang pakatan bersorak kegembiraan kerana BN akan tumpas di kubu kuatnya. Adalah berpatutan pucuk pimpinan mengetengahkan kedua dua pemimpin ini dalam pru ke 13. Kerana di daerah Kota Belud, hanya mereka berdua sahaja layak disebut sebagai pemimpin. Ini kerana dilihat dari tahap kepimpinan mereka kepada rakyat Kota Belud, serta perjuangan yang kental kepada parti selama ini, demi bangsa Agama dan Negara.  


Rakya tidak mahu berputeh mata. Rakyat tidak mahu kehilangan semua kerusi DUN di Kota Belud. Justeru itu.  Rakyat mengalu-ngalukan buah fikiran pucuk pimpinan agar meletakkan pemimpin yang benar benar menang di Parlimen dan semua DUN di Kota Belud. 











 

No comments:

Post a Comment