Thursday 31 May 2012

DOKUMEN MEMORANDUM DARI 01 HINGGA 20 PERKARA. BUKAN PERJANJIAN.


Rakyat Sabah boleh meletakkan ke tahap perbandingan perkara dari 01 hingga ke 20 perkara.

Kebimbangan rakyat terjawab selepas mengkaji memorandum ini. bukan berbentuk Perjanjian yang perlu ditandatangani.
Di bawah ini diperturunkan untuk rujukan rakyat Sabah.



DOKUMEN MEMORANDUM DARI  01 HINGGA KE  20 PERKARA. 


PERKARA  01 : AGAMA.

Huraian perkara 01 ini ialah,:  walaupun tiada bantahan terhadap Agama Islam, sebagai Agama Kebangsaan Malaysia, akan tetapi Agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai Agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.



PERKARA 02 :BAHASA

Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa kebangsaan persekutuan. Manakal bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempuh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan Negeri dan Persekutuan, tanpa had masa.



PERKARA 03: PERLEMBAGAAN

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi Perlembagaan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan Negeri Negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu tersusun pindaan kepada sebuah Perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh Negeri Negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah Perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.



PERKARA 04: KETUA PERSEKUTUAN

Ketua ( Yang Di Pertua Negara ) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.



PERKARA 05: NAMA PERSEKUTUAN

"MALAYSIA" Bukan Melayu Raya.



PERKARA 06: IMIGRESEN

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke Borneo Utara, jika ia berkaitan dengan urusan Kerajaan Negeri. Kecuali atas sebab sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang. Kecuali mereka yang bertugas di bawah Kerajaan Persekutuan daripada tempat tempat lain Malaysia di Boreno Utara.



PERKARA 07: HAK MENARIKDIRI

Hak untuk memisah atau menarikdiri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.



PERKARA 08: BORNEONISASI

Proses untuk melantik orang orang tempatan ke dalam perkhidmatan Negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.



PERKARA 09: PEGAWAI PEGAWAI BRITISH

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan Pegawai Pegawai British untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang orang tempatan yang berkelayakan.


PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN.

Tertakluk kepada pindaan berikut, perenggan 148(K) cadangan dalam laporan Cobbold menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan.

Perenggan kecil(1) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 taahun. Untuk diselaraskan dengn Undang Undang kami, perenggan (11) sepatutnya menyatakan 7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun. Perenggan kecil (11) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan itu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas hari Malaysia semestinya menjadi Warganegara Persekutuan.


PERKARA 11: CUKAI DAN KEWANGAN

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.



PERKARA 12: KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI/BUMIPUTERA BORNEO UTARA.

Pada prinsip bangsa asli Boreno Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya. Tetapi formula yang dipratikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Boreno Utara. 



PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI

Ketua Menteri harus di pilih oleh ahli ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem Kementerian yang sesuai.


PERKARA 14: JANGKAMASA PERALIHAN

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh Kerajaan Persekutuan.


PERKARA 15: PELAJARAN

Sistem pelajaran Boreno Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan Kerajaan Negeri.


PERKARA 16: PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan Kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk Negeri ini.


PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara, tetapi juga termasuk keluasan dan keupayaan. Dan dalam mana mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.


PERKARA 18: NAMA KETUA  NEGERI

Yang di Pertua Negara.



PERKARA 19: NAMA NEGERI

SABAH.



PERKARA 20: TANAH, HUTAN KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN LAIN.

Perkara dalam Perlembagaan Persekuituan, mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan, tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Mengenai 20 point itu.



No comments:

Post a Comment