Wednesday 23 May 2012

CALON BN ANAK ANAK JATI KOTA BELUD.!!

Ketua ketua UMNO Cawangan Kota belud sudah dimaklumkan untuk lebih bersedia dalam menghadapi pilihanraya, yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Sejak pengumuman yang telah disampaikan oleh Ketua Menteri minggu lepas, rakyat penyokong BN di Kota Belud sudah bersiap sedia untuk bertempur dalam gelanggang untuk menghdapai pru ke-13.


Lawatan PM ke daerah Kota Belud, menunjukkan trend pencalonan yang bakal diambil, adalah ingin mengutamakan anak anak jati Kota Belud. Sistem pencalonan secara payung terjun atau trend import sudah diketepikan, atas dasar pandangan dan saranan pemimpin pusat.


Sistem pencalonan yang didasarkan kepada kroni dan kawan rapat sudah ditolak oleh pemimpin pusat. Rakyat penyokong BN di Kota Belud tidak perlu gusar lagi, kerana calon calon kali ini, atau ini kali lah, sudah dikenal pasti anak anak jati Kota Belud.


Pemimpin pusat sudah maklumkan perkara ini kepada pemimpin Negeri Di bawah Bayu, agar calon calon itu semestinya anak jati dalam kawasan masing masing.


Pemimpin Negeri sudah menerima hakikat pencalonan yang dipersetujui oleh pemimpin pusat. Pemimpin Negeri sudah merasa khuatir, jika bukan anak jati yang dicalonkan, besar kemungkinan kemenangan yang diimpikan hanya tinggal igauan semata mata..


Amat besar ertinya kepada penyokong BN, bahawa Parlimen Kota Belud perlu dimenangi oleh BN dengan majoriti yang lebih besar dibanding pru ke 2012. Begitu juga tentang DUN Tempasuk, DUN Kedamaian dan DUN Usukan. Dengan penuh harapan atas sokongan rakyat semua DUN itu tetap milik BN.

No comments:

Post a Comment