Saturday 19 May 2012

ISU TANAH DI KG RAMPAYAN, ISU SK TAMAU TERBENGKALAI, TS PANDIKAR TUTUP MULUT.

Harapan masyarakat Iranun terletak di bahu TS Pandikar. Tapi setakat ini Pandikar masih belum alunkan lagi suaranya, samada perkhabaran tanah warisan Kg Rampayan dan SK Tamau, boleh dibawa ke meja bulat untuk dibincang.


Pru ke 13, sudah nampak tarikh dan bulannya untuk diumumkan. Jika permasalahan masyarakat Iranun ini belum sampai ke meja rundingan. Jika permasalahan ini semakin wujud kekalutan untuk diselesaikan. Dapat kah kita katakan, calon calon BN di Kota Belud mendapat kemenangan!. Hanya rakyat sahaja yang boleh jawab.


Bagaimana pula khabar DUN Tempasuk. Dapatkah Hj Musbah dabik dada, dan memberi jaminan  kemenangan memihak kepada BN. Beliau, Hj Musbah, mampu kah dapat mempertahankan kerusi Tempasuk semasa pru ini.  Dapat kah BN akan menang di semua peti undi, termasuk peti undi Kg Merabau, Kg Tamau dan SK Pandasan. Soalan ini belum boleh diberikan jawaban sekarang.


Jika Hj Musbah direhatkan, siapa sebenarnya yang berkemampuan di Dun Tempasuk. Berkemampuan kah muka muka baru yang amat beriya iya untuk turun ke gelanggang pilihanraya. Paling tidak pun kita nasihatkan muka muka baru untuk duduk dulu dibangku simpanan buat sementara.


Jika TS Pandikar dicalonkan, sedangkan Pandikar belum ada acara berjumpa dengan rakyat. Belum turun ke padang untuk mendekati masyarakat Iranun khususnya. Dikira anggap, Pandikar dapat membuka kuda kuda persilatan agar tidak tumbang di Tempasuk?. 


Di Tawau,  Dtk Musa sudah luahkan pendapatnya, bahawa BN Sabah sedia menghadapi pru ke 13. Itu kata Dtk Musa. Bagaimana pula respond kedua dua pemimpin di Kota Belud. Bagi DSP  Salleh Tun Said, sudah lama bersedia untuk bertempur dengan mana mana parti dalam pilihanraya akan datang. Manakala TS Pandikar belum kedengaran lagi suara ayamnya berkokok. Kerana Beliau, kadang kadang suka merajuk.


Jika trend pencalonan masih digunapakai sistem import. Sayang seribu kali sayang, kerusi Parlimen Kota Belud jatuh dalam genggaman parti lawan. Demam ini, BN perlu berusaha untuk tidak merebak. Dan kerusi Parlimen perlu dimenangi oleh BN.


Para penyokong BN tentu akan memberi undi protes dan akan memberi kemenangan kepada parti lawan. Mungkin parti lawan akan mencalonkan anak jati Kota Belud. Para penyokong memberikan sokongan kerana anak jati. Bukan kerana parti.


No comments:

Post a Comment