Saturday 12 May 2012

KARPAL SINGH MINTA PENDIRIAN DS ANWAR, TIDAK MENYOKONG TUBUH NEGARA ISLAM DAN JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH!!

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta DS Anwar, untuk  memaklumkan kepada rakyat tentang pendirianya samada memberikan sokongan terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud, sebagai mana yang diwar warkan oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang. Jika parti pembangkang memerintah selepas pru ke 13.


Di petik dari Berita harian, May 13, 2012. Presiden PAS sudah mengwar warkan, jika pembangkang ambilalih tampuk Kerajaan, bakal diwujudkan sebuah Negara islam. Dan manakala hukum hudud tetap bakal dilaksanakan dalam Negara atas pemerintahan pembangkang.


Kenyataan yang dipetik dari Berita Harian hari ini, Pengerusi DAP Karpal Singh, berkata bahawa beliau tidak akan berganjak dengan keputusanya, bahawa tetap tidak setuju untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Islam di Malayisa.


Karpal juga berkata, bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia, kerana hukum hudud itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Karpal Singh sudah memberi warning kepada DS Abdul Hadi, untuk tidak boleh membuat kenyataan dalam media, kerana DS Abdul Hadi tidak berhak bercakap sebagai wakil pembangkang.


DS Anwar sudah nampak gelisah, sudah nampak tersepit dalam persilatan politiknya. Ibaratakan pepatah melayu, jika melangkah maju ke hadapan ada duri. Jika hendak undur semula kebelakang ada onak yang lebih tajam dan membahayakandiri. 


Di Sabah, berita tentang Karpal Singh berbalah dengan PAS dan PAKATAN tidak mengherankan kepada rakyat Sabah. Kerana gandingan Yb Datuk Salleh, yang sentiasa membantu Dtk Musa, tetap tidak tergugat pengaruh mereka kepada rakyat. BN di Sabah tetap fixed deposit kepada kemenangan BN., dalam pru ke 13 yang akan datang ini.   


No comments:

Post a Comment