Wednesday 2 May 2012

DTK SALLEH TETAP CALON DUN ATAU PARLIMEN KOTA BELUD

Permulaan langkah dalam persada politik, Sdr En Pinjaman Bin Hj Hassin. Anak kelahiran Kg Rampayan, sememangnya tidak boleh dinafikan, semangatnya yang berkobar kobar untuk membela kaumnya masyarakat Iranun di Kota Belud, terus menjadi titik tolak perjuangan.

Hari ini,  keadaan sudah berubah. Taktik pendekatan kepada rakyat jauh bezanya jika dibanding dengan trend berpolitik masa dahulu.

Jika ada berita yang diwar warkan bahawa Sdr Pinjaman Hj Hassin, mendapat tempat untuk diturunkan sebagai calon Parlimen bagi pru ke-13 yang akan datang ini. Ada kemungkinan masyarakat Iranun bakal bertanya, parti yang mana beliau wakili!..

Masyarakat Iranun akan melontar bermacam kekeliruan, samada kemampuan membawa suara rakyat ke Parlimen dapat disampaikan secara berilmiah! 

Samada relevan Sdr Pinjaman Hj Hassin hari ini diturunkan sebagai calon Parlimen..
 Ruangan persada Parlimen adalah sesuatu yang banyak cabaran.

Ketangkasan bersilat kuntau dalam parlimen adalah menjadi faktor kredibiliti penyampaian yang mudah difahami, yang mudah diterima oleh semua ahli ahli yang berhormat dalam sesi persembangan atau sesi perdebatan.

Akan tidak menjadi kebimbangan, jika kefahsian lidah berwacana dalam konteks penyampaian message kepada rakyat, lantaran boleh diterima oleh semua pihak.

Batu asas yang diletakkan oleh Sdr Pinjaman dalam arena politik kaum Iranun, adalah belum lengkap dalam usaha mewarnai semangat batuan yang terletak dalam mkeadaan yang hinging, magagantung dalam istilah Iranun.

Keadaan yang belum lengkap untuk masyarakat politik kaum iranun, direnovated oleh Sdr Pandikar yang masa itu belum gah lagi dalam persilatan politik.

Tanpa sokongan masyarakat berbilang kaum di Usukan masa itu, tentu tiada kemungkinan Sdr Pandikar dapat mendabik dada untuk mencapai kemenangan, begitu juga masyarakat Iranun semestinya tidak melupakan kerjasama dari semua kaum di Kota Belud amnya.

Politik rasis sudah tidak relevan masa kini. Masyarakat Iranun amat perlu sokongan dari semua kaum di Kota Belud. Kemenangan mutlak Sdr Pandikar di DUN Tempasuk bukan ciptaan sokongan dari semua peti undi Iranun.

Banyak didapati peti undi Iranun masa itu, Sdr Pandikar didapati kalah. Peti undi yang didominasikan oleh Kelapa Mawar di SK Tamau, Sdr Pandikar menang tipis. Berlanjutan kesah peti undi di Rampayan, Peti undi Pandasan juga kurang memuaskan.

Balik tentang cerita Sdr Pinjaman Hj Hassin. Banyak kawan kawan ahli akademik berpendapat, bahawa laluan Sdr Pinjaman untuk menandingi pengaruh calon yang mewakili BN tidak semudah dipatahkan begitu sahaja.

Jika Sdr Pinjaman diwar warkan sebagai calon BN. Ada kebarangkalian parti BN sengaja menempah kekalahan. Justeru, BN bakal tumpas di Kawasan Kota Belud.

Jika Parti STAR memilih sdr Pinjaman sebagai calon. Masyarakat Iranun terpaksa tutup mata undi menyokong.. Samada sokongan kepada BN lebih dominan atau sokongan kepada parti STAR yang agak minima.















No comments:

Post a Comment