Wednesday 30 May 2012

DR JEFFRY MENIDAKKAN KERJASAMA PARTI PEMBANGKANG DARI SEMENJUNG..

Ahli ahli STAR Kota Belud menyambut baik di atas saranan presiden parti mereka,  untuk   menolak semua parti parti pembangkang dari Semenanjung, dan beliau (Dr Jeffry) tidak setuju parti semenanjung  bertanding di semua kawasan parlimen maupun DUN di Sabah.


Jika parti parti pembangkang dari bumi semenanjung berdegil juga untuk meletakkan calon mereka di kawsan parlimen mau pun DUN di Sabah. Maka mereka berkata langkah mayat kami dulu. Kerana STAR sudah sebulat suara tetap meletakkan calon calonnya di semua parlimen dan DUN yang tetap difikirkan oleh beliau, bahawa partinya bakal mencapai kemenangan.


Kenyataan Dr Jeffry yang dipetik dari blog Kelapa Mawar ini,  bertitiktolak dengan  azam yang kental  hendak menjadi pemerintah dan bakal merampas daripada kerajaan BN kini.


Dr Jeffry menolak kerjasama parti pembangkang dari semenanjung, kerana pada hemat beliau, mereka (pemimpin pembangkang) dari semenanjung mempunyai biodata kepimpinan yang banyak tercalar dari sudut moral. rakyat Sabah bakal menolak mereka (pemimpin) yang dicatkan dengan warna tidak bermoral.

Lantaran itu, Dr Jeffry tidak merasa was was lagi untuk meletakkan semua calon STAR di seluruh Sabah, termasuk DUN dan Parlimen. One man show lebih baik daripada berkerjsama dengan parti parti dari semenanjung. Ujar salah seorang penyokong Star.


Pengerusi BN Negeri Sabah, Dtk Musa serta timbalanya Dtk Salleh Tun Said merangkap Speaker Dewan Undangan, masih dianggap kebal dari sokongan rakyat. Masih berdiri teguh dengan pemerintahan yang  sentiasa memberikan pengutamaan kepada rakyat. Pemerintahan yang saksama serta mendapat kerjasama daripada kerabat kerabat parti BN negeri serta BN pusat yang jitu. Ini bakal membolehkan BN  Sabah tetap mejadi fixed deposit bagi kemenangan dalam pilihanraya yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.


Ramalan yang tepat dari Kelapa Mawar, bahawa kerajaan  BN bakal menang dengan mudah mengalahkan parti lawan, tetap menjadi realitas. Dan BN diramal bakal memerintah semula di Bumi Sabah  dalam pru ke 13 ini.


Bahagian Libaran tetap dalam genggaman untuk dimenangi oleh BN. Manakala di bahagian Kota Belud tidak kurangya pengaruh yang cukup kental, terutama Usukan adalah kubu kuat UMNO. Penyokong parti BN tetap tidak berganjak, akan bersama sama dengan calon yang bakal diturun kelak. Hidup BN, ujar salah seorang penyokong di Kota Belud.

 

















memberikan sokongan kepada





KENYATAAN DR JEFFRY MENYULITKAN KERJASAMA PEMBANGK...: Dr Jeffry Kitingan dijangka tidak akan memudahkan kerjasama pembangkang di Sabah untuk meletakkan cal;on Satu Lawan satu pada PRU 13 ak...

No comments:

Post a Comment