Sunday 13 May 2012

LAWATAN KM YAB DTK MUSA KE SK PANDASAN KB MESKIPUN TIADA ERTI, MESTI ADA TERSURAT DAN TERSIRAT!!

Meskipun seorang guru yang mengajar di SK Pandasan, membuat ulasan tentang lawatan Ketua Menteri, Yab Dtk Musa, langsung tiada menfaat kepada guru guru dan rakyat Kampung Pandasan. Akan tetapi dari sudut pandangan lain, mungkin lawatan itu membawa seribu pengertian, dan seribu yang tersurat dan tersirat.


Dalam memfokuskan pandangan  yang kabur kabur, warga pendidik di situ, perlu bangga atas lawatan orang pertama memegang kuasa dalam Negeri membuat lawatan amal jariah ke  SK Pandasan, walaupun Bangunan sekolah itu dianggap nombor dua yang tertua di Daerah Kota Belud.


Di dada masyarakat Kampung di situ, perlu dabik dada kerana atas lawatan itu, bukan dianggap lawatan itu cuba meminggirkan masyarakat dan warga pendidik di SK Pandasan. Anggapan demikian, mungkin tidak sesuai dalam minda seorang warga pendidik. Kerana seorang pendidik adalah tokoh untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang berbudaya dan berhemah.


Pandangan Kelapa Mawar yang cuba cuba ikut trend pemikiran seorang guru yang kurang berhemah dalam usaha menyalurkan pendapat, agak kurang disenangi oleh segelentir rombongan Ketua Menteri.


Dtk Musbah sebagai Pengerusi rombongan lawata itu, melahirkan rasa kurang senangnya terhadap kenyataan daripada seorang guru tersebut. Malahan pandangan yang dilahirkan oleh warga guru itu merupakan sisipan kata kata politik, walaupun pandangan itu wajar diluahkan. tapi luahan itu mesti secara berhemah dan berbudaya.


Natijah lawatan ke Sekolah itu tetap ada tersimpan dalam minda Dtk Musa. Mungkin dalam dada Ketua Menteri, ada tersirat seratus persoalan. Mungkin juga ada seratus jawaban untuk rakyat.


Siapa tahu, kegagalan untuk memajukan kawasan DUN Tempasuk, mungkin penyebab bakal calun nanti pru ke 13, adalah terdiri dari muka baru. Kerana ahli wakil rakyat Dtk Hj Musbah sekarang ini, tidak menunjukkan prestasi yang terbaik kepada rakyat dan kepada Kerajaan.


Mungkin calun wakil Parlimen sekarang ini, Dtk Rahman juga tidak terkecuali untuk disingkirkan dalam pru ke 13 ini. Ini kerana kerana tidak menunjukkan prestasi yang menggalakkan kepada rakyat Kota belud dan DUN Tempasuk amnya.


Jika tiada perubahan setakat ini, gandingan mantap antara Dtk Salleh dan Dtk Musa, tentunya jangkaan kemenangan BN di Sabah tetap dalam genggaman.


Sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, bakal Pengerusi Negeri akan datang, Datuk Salleh tetap menjadi pilihan rakyat di Kota Belud, untuk menjamin keutuhan perpaduan di Daerah itu dan rakyat Sabah amnya. 


















.

No comments:

Post a Comment