Thursday 10 May 2012

AKSI MELUCUKAN SEMASA LAWATAN TPM DI KOTA BELUD!!

Mungkin yang dimaksudkan oleh Kelapa Mawar, aksi melucukan semasa lawatan TPM itu,  ialah kerj kerja secara bidan terjun.


Kerja kerja secara payung terjun untuk mengecat pasar Daerah tempat di mana TPM diajak untuk majlis sarapan hari itu. Di lihat wujud kepincangan dan suasana kekelamkabutan.


Kenapa harus terjadi aksi yang mendukacitakan itu di depan mata TPM. Di petik dari suara kelapa mawar. Adegan pertama, dilaporkan lakonan yang di ketua oleh Sdr Abdul Rahman, nampak kaku serta kurang sambutan masyarakat, rakaman filem lawatan TPM tersebut, ada menyebut bahawa seolah olah segelintir pemimpin Bahagian diketepikan.


Kenapa ada lakonan kekakuan itu. Pencerita mengatakan, hukum karmah. Maksud hukum karmah ialah pencalonan Sdr Rahman pru ke 12 yang lalu, adalah dicalonkan secara import dan payung terjun. Dan jika ini diteruskan juga, tidak akan menjamin kemenangan yang jitu terhadap calon BN akan datang.


Harapan rakyat kepada Pemimpin BN Negeri dapat mengambil iktibar dari kesilapan yang berlaku di Kota Belud. Dalam pru ke 13 akan datang. Pengerusi UMNO Sabah perlu berhati hati untuk meletakkan calon Parlimen yang boleh menjamin sokongan yang kuat, serta kemenangan  kepada BN.


Jika dipaksa juga calon import untuk Parlimen Kota Belud atas pilihan Pengerusi BN Sabah sendiri, sebaliknya  bukan pilihan rakyat Kota Belud, maka tikit kekalahan tetap bakal ditempah oleh calon BN itu sendiri.


Ada ajk bahagian UMNO berpendapat, bahawa terjadinya kurang sambutan masyarakat di Kota Belud itu kerana membantah terhadap Sdr Abd Rahman. Dengar cerita Sdr Rahman tidak dibincang khusus tentang lawatan TPM itu secara terbuka.


Gara gara mengenepikan segelentir pemimpin Bahagian, maka terjadilah insiden yang dikira amat melucukan sebagai mana yang dilaporkan oleh Kelapa Mawar.


Kejadian ini yang amat merugikan rakyat ini, kerana TPM diajak melawat tempat tempat sebelah DUN Kedamaian sahaja. Manakala Kawasan DUN Tempasuk diketepikan begitu sahaja. Kalau dilihat kawasan yang memerlukan lawatan TPM mesti lah di DUN Tempasuk.


Bangunan SK Tamau terus tersisih dari lawatan TPM. Masyarakat Iranun tidak lagi dinilai sebagai penyumbang kemenangan kepada BN.


Sdr Rahman selaku Ahli Parlimen, sentiasa dendam kepada masyarakat Iranun. ini kerana ada peti undi di perkampungan Iranun calon BN didapati kalah..


Ajk Bahagian Kota Belud turut sedih, kerana Sdr Rahman macam berlakon "one man show" semasa lawatan TPM ke Kota Belud.


Rakyat berharap, kesilapan ini bakal tidak berlaku lagi di masa akan datang. Sikap,Sdr Rahman suka mengenepikan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud serta segelentir Ajk Bahagian, merupakan kesalahan yang disengajakan.




 

No comments:

Post a Comment