Saturday 26 May 2012

Berita Harian Online | Kerajaan pusat lulus geran peruntukan RM5 bilion projek pembangunan Sabah

RM5 bilion untuk projek pembangunan di Sabah. Masyarakat Kota Belud tentu merasa selesa kerana ada tempias daripada peruntukkan tersebut bagi menyiapkan projek yang masih terbengkalai, belum siap siap lagi. Contohnya bangunan SK Tamau.


Pengumuman Ketua Menteri Sabah, di mana 10 peratus (RM500 juta) peruntukkan khusus itu daripada pusat untuk membiayai projek projek di Sabah, ada kemungkinan SK Tamau tidak terkecuali mesti dapat sedikit daripada peruntukkan itu, bagi menyiapkan bangunan tersebut. Umum tahu bahawa SK Tamau yang sudah lama terbengkalai. Kecuali bila ahli Parlimen Dtk Rahman hanya ambil sikap duduk diam dan tutup mulut.


Jika Dtk Rahman masih dengan sikap duduk diam, akhirnya persatuan PIBG Sk Tamau tinggal gigit jari lagi. Masyarakat di situ tinggal puteh mata, mungkin ini lah budaya seorang wakil yang berstatus diambil dari pencalonan import.


Ini kali lah pucuk pimpinan negeri, atau pusat mesti buka mata seluas luasnya, implikasi pencalonan import, tidak pandai urus kawasannya. Tidak memikirkan kebajikan rakyatnya. Almaklumlah pencalonan payung terjun dan berdasarkan kroni.


Jika anak jati yang menjadi ahli Parlimen, tentu tidak wujud kecelaruan seperti apa yang dialami oleh rakyat Kota belud sekarang ini.


Jika anak jati yang diberi peluang mewakili parlimen Kota Belud, kemenangan dengan majoriti yang cukup membanggakan.  Contohnya calon anak jati pru ke 11, jumlah undi yang perolehi 19, 290. Majoriti 10, 421.


Calon payung terjun trend import, bukan anak jati bagi pru ke 12,  mendapat undi 17, 842. Majoriti 3,020. Nampak di sini calon ini ditolak oleh rakyat. 


Sokongan menjunam berkurangan, bakal menghampiri kekalahan.
Jika dikekalkan calon import bagi Parlimen Kota Belud, rakyat risau calon BN bakal mengeciwakan kepada parti dan pucuk pimpinan.


Moderator bagi menetukan calon, perlu berfikir dua tiga kali, untuk tidak menurunkan calon import. Rakyat Kota Belud risau, jika dikekalkan calon import bagi Parlimen Kota Belud, mungkin kemenangan akan memihak kepada parti lawan.

No comments:

Post a Comment