Wednesday 6 June 2012

BAKAL TERSERGAM INDAH KOLEJ ISLAM DI KOTA BELUD DI ILHAMKAN OLEH RUMPUN USBO!







Kesederhanaan sikap para kepimpinan dari sebuah Organisasi bergelar  USBO, dengan penuh iltizam, menekankan pendirian untuk tidak berlagukan,  dengan suara sumbang kerana para pemimpin USBO  tidak ingin setiap irama  dan lagu dipersendakan. 

Tiada seorangpun pemimpin USBO yang bersifat sekadar melepaskan dibatuk ditangga sahaja, atau hanya bermetos dan ber retorik.   


Andaian penulis blog konon USBO sebagai penyelamat untuk kepentingan politik peribadi, adalah tanggapan daripada  seseorang yang tidak pandai menari, tetapi dikatakan lantai jongkang jongkit.  Dan disifatkan baru bingkas dari kerusi duduknya  terlelap mata dengan igauan yang cukup indah.Kerana sekadar hanya mampu berdiri, lalu ia berkata lantainya penuh jongkang jongkit. 


Para peminpin USBO tetap berpegang kepada pepatah melayu, ikut resam padi, semakin masak, semakin tunduk.


Surah Ghafir : "7. Rabbana wasi ta kulla syay in rahmatawwa ilman faghfirlillaziina tabu wat taba uu sabiilaka waqihim azaabaljahim". Mahfumnya " Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya, maka berilah ampun kepada orang orang yang bertaubat serat menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka".


Pemimpin USBO mengambil pendekatan dengan cara tidak mahu tersasar dan terkeluar daripada Surah ghafir dalam ayat 7. yang disebutkan tadi.


Diambilkira bahawa setiap pemimpin yang sentiasa bertaubat semasa pimpinannya, atau kepimpinan itu atas kudrat kerana tuntutan jalan Allah SWT, maka mereka terpelihara dari azab yang menakutkan.


USBO sekadar sebuah organisasi yang ditarafkan NGO. Kemungkinan organisasi ini memiliki azam yang mungkin sudah tersurat dan tersirat untuk membantu ahli ahli USBO yang beragam Islam. Dengan tiada nawaitu untuk bersaing dengan kaum yang lain di Sabah. 


Jika ayam dapat tahu tuahnya, ada terletak di kaki, mungkin USBO juga sedang mengilhamkan sebuah University/Kolej Islam bakal dicadangkan di bumi Sabah, masa akan datang, boleh diangan angankan oleh organisasi ini untuk jangka masa terdekat. Mungkin 5 atau 10 tahun dari sekarang. Mesti bisa ditubuhkan atas usaha fikir oleh rumpun bumiputera USBO.


Sekiranya semua kaum menuntut untuk menubuhkan sebuah University menggunapakai bahasa USBO, usaha ini  agak berat dan sukar direalisasikan, kerana ianya dikira University rasis.


Sebagai andaian, jika sekiranya kaum Bajau dalam bahasa Bajau digunakan dalam mata pelajaran di Kolej  Bajau, maka Samar juga menuntut Kolej. Bagaimana kaum yang lain seperti Suluk, Iranun, Brunei, Ubian dan Bisaya. Sudah pasti banyak Kolej  tumbuh seperti cendawan dimusim hujan. Saya percaya Kelapa Mawar tentu mahukan juga sebuah Kolej Iranun.


Perbandingan bahasa juga merupakan aspek yang mencelarukan penubuhan Kolej. Kerana Bajau dari  pantai barat tidak sama dengan Bajau dari Semporna dalamm konteks bahasa kaum. Dan akhirnya Kolej bakal  ditukar   nama Kolej rojak.  


Ketidaktepatnya cetusan minda dari mulut Kelapa Mawar, sehubungkait organisasi USBO, sememangnya diluar dugaan,  kerana USBO tidak berperanan sebagai sebuah organisasi berfokuskan politik semata. Sejauh ini, USBO hanya menekankan pembudayaan dan penghormatan semua kaum dalam USBO. Menjaga kesejahteraan dan perpaduan  berpayungkan perlembagaan  USBO.


Ketidaksedarnya juga Kelapa Mawar, kerana  mencetuskan ilham dalam konteks, konon USBO adalah sebuah badan politik,  diagakira tidak menepati isu sebenar, Sama seperti sebuah kejadian, umpamanya kaki kelapa Mawar terseliuh tentu jatuh rebah menggelabah. Hanya apa yang perlu dikata sekadar tepuk dada tanya. kerana ibaratkan komposer yang menggubah  lagu,  akhinya sendiri juga terkhilaf keliru.


Lantaran  pengilhaman yang diutarakan itu melalui cyber ini, tidak menggambarkan sebuah pengertian dalam satu penceritaan,  jika di ibaratkan  menonton sebuah persembahan teater. 


Kelulusan sebuah kolej KDM  mungkin sejak era pemimpin terdahulu lagi. Siapa tahu, mungkin diilhamkan oleh Allahyram Tun.Fuad. Dan hari ini baru ada tanda tanda terlaksana.


USBO berharap dalam jangka masa 10 tahun sekarang, bakal wujud sebuah Kolej atau University yang tersergam bertempat di di Pantai Emas Daerah Kota Belud hasil usaha bersama serta  difikirilhamkan oleh para pemimpin USBO kini. 

Akhirnya semua filem bertemakan Kolej yang diulas oleh para penulis termasuk Kelapa Mawar blog, secara langsung bakal terjawab tanpa was-was. .

 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive