Sunday 24 June 2012

RM3 BILLION TIDAK WUJUD DI BIBIR SAHAJA. DALAM HATI SEPARUH MATI, PEMBOHONGAN YANG TETAP SEBATI!!


Sikap bijaksana dan bijak pandai pemimpin BN, kerana tidak melayan ajak-ajakan ayam ketua pembangkang untuk berdebat tentang RM3 billion, merupakan langkah yang tetap terpuji dan terpuja.


Rakyat jelata tetap tidak mudah tertipu dengan kata-kata manis yang diungkapkan oleh ketua pembangkang itu. Rakyat cukup tahu menahu, erti ungkapan yang konon tidak wujud RM3 billion. Sebenarnya dalam hati hampir separuh mati, semestinya tiada jalan lagi, tidak boleh dielakkan. Rakyat sudah faham dan memahami sikap ketua pembangkang yang tersohor dengan seribu dolak-dalik pembohongan. Kini rakyat jelata letakkan urusan tersebut di atas bahu SPRM.


Tidak melayani desakkan ketua pembangkang untuk berdebat, menggambarkan pemimpin BN cukup bertanggungjawab kepada negara.  Memperlihatkan kematangan pemimpin BN kepada umat Malaysia memenuhi aspirasi rakyat. Janji  kerajaan BN  tetap ditepati, dan rakyat  dipastikan cukup terbela. Agar rakyat mengembalikan pemerintahan kepada kerajaan Barisan Nasional.  


Pemimpin BN yang di ketuai oleh Perdana Menteri, DS Dtk Najib yang sentiasa disayangi oleh rakyat, tetap diyakini kebolehannya untuk terus mentadbir negara dengan baik. Pengalaman luas yang ada pada tangan Yab DS Dtk Najib dapat membawa negara ini ke mercu pembangunan yang terbilang. Dapat membawa nama negara ke persada kemajuan yang boleh menyaingi negara-negara di mata dunia. 


Jika terlepas pandang dan tidak pandai membaca alkitab pihak pembangkang, tentu bakal terjerat ke-gaung penipuan yang cukup terancangrapi. Jika tidak mahir menghayati ungkapkata ketua pembangkang, rakyat tentu tersurung dan terpalang. Pengheretan pembangkang dengan Tun M, menampakan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang bukan sahaja ketandusan isu, malahan kekeringan airliur. Terkini teraba-raba sambil menggelabah tidak ubah seperti sang labah-labah untuk mencari jalan. Secara keterpaksaan, dengan  mengheret Tun M ke kanca keserabutan dan kebimbangan kerana menghadapi pertuduhan. 


Pidato pembangkang melalui mulutnya yang manis semanisan lebah, dalam iltizam untuk naik ke takhta putra jaya, bagaikan sebuah impian rebah gunda gulana disiang hari,  tentunya niat yang tersurat tidak berkesampaian. Tentunya niat yang tersirat tinggal kempunan.


Mana bisa dapat memerintah negara. Sedangkan negeri negeri yang diperintah oleh pembangkang masih tidak menunjukkan kemampuan sebagai pemerintah yang adil. Tidak mampu menyelesaikan semua permasalahan rakyat. Saban hari rakyat sentiasa diselimuti oleh kepelbagaian masalah. Sebagai tambahan masalah terwujud di Selangor, Ketua Eksekutif di jabatan penasihat negeri Selangor sudah berbalah. Setiausaha Sulit Menteri Besar sudah dipecat oleh Timbalan Presiden PKR. Ada kebarangkalian Ketua Eksekutif tersebut akan keluar dari parti PKR yang cukup menyiksa beliau.


Kerajaan Selangor di bawah payung buruk pembangkang sudah bergelora dan berkocak. Kaedah pemerintahan yang membisuli rakyat dari masa ke semasa, sukar untuk diubati lagi. Hanya boleh selesai dan boleh diubati jika rakyat menukarkan kerajaan itu kepada kerajaan Barisan nasional.


Rakyat Kota Belud macam sudah ditraumai oleh cerita-cerita politik di bumi Semenanjung, mereka terbaca rintihan rakyat akibat pergolakkan parti pembangkang  di semenanjung. Mereka terbaca rakyat semakin bermasalah di negeri negeri yang diperintah oleh pembangkang, semakin tidak boleh dikekang. Dengan berita yang menakutkan sentiasa tersiar, rakyat pembangkang di Kota Belud sudah tawar hati kepada parti pembangkang, penyokong pembangkang dahulu sudah mula guyang dan bakal menyokong parti BN. 


Maka ada kebenarnya teka -teki rakyat bahawa atas kerjasama kedua pemimpin UMNO Sabah di ketuai oleh Yab Dtk Musa dan dikuatkan lagi atas bantuan Yb Datuk Salleh, selaku Timbalan pengerusi serta kerjasama rakan-rakan dalam Barisan Nasional,  rakyat tidak berganjak, tetap mengekalkan sokongan, agar Barisan Nasional terus memerintah negeri Sabah.


Ajk Wanita bahagian Kota Belud sudah siapsiaga untuk untuk memastikan parlimen Kota Belud tidak akan ditawan oleh pembangkang. Manakala tiga DUN, Tempasuk, Kedamaian dan Usukan, dijanjikan oleh ajk wanita tetap dalam gelanggang kemenangan parti Barisan nasional.   

No comments:

Post a Comment

Blog Archive