Monday 18 June 2012

KEDAI KOPI YANG BEGITU LAKU SETELAH KETIADAAN SDR MUSLI OLI.


Saya terpanggil untuk ikut sembang-sembang tentang kedai kopi sedikit masa dahulu diketuai  oleh Sdr Musli Oli. Sebelum beliau menerjundiri dan mengatak ke fery parti pembangkang. 



Di kedai kopi yang diperkatakan ini, saudara Musli mendapat perhatian, suara saudara ini begitu lantang mempertahan kedai kopi ini, bahawa apa sajian pun,  kedai kopi  ini tetap sedap di mulut sdr Musli, apa yang terhidang seperti kueh mueh tetap dirasa berselera, apatah lagi makan tengah hari. Boleh dikatakan setiap waktu dan setiap detik suara sdr Musli sahaja kedengaran yang menyanyi lagu pujian serta mempertahankan kedai kopi ini.



Boleh dikatakan masa itu saudara Musli sebagai ketua tujuh perwakilan sentiasa digeruni oleh pelanggan serta pelayan kedai kopi ini, lantaran itu, beliau semudah itu memenangi acara  pemilihan untuk  kursus persidangan masak memasak bertempat di pwtc. di kala itu kedai ini belum lagi taukeynya bertukar tangan.



Setelah diadakan mesyuarat pemilihan untuk melantik taukey baru. Kebetulan dengan izin taukey lama tersungkur di penjuru kekalahan, kerana gagal mempertahankan jawatanya dalam pemilihan untuk jawatan taukey kedai,  maka taukey baru yang memenangi pemilihan tadi, sudah tentu mempunyai cara sendiri untuk mentarbiyah kedai tersebut.



Dengan rentak tarbiyah yang baru dan nyanyian terkini yang selalu dikumandangkan oleh generasi baru, akhirnya dalam pemilihan wakil tujuh untuk kursus semula, maka saudara Musli gagal terpilih,  para pelayan kedai kopi tidak lagi menyokong beliau, turut sama tidak menyokong ialah para pelanggan, maka kali ini mereka menjauhkandiri, akhirnya kecundanglah sdr Musli, dan tercicirlah ia, pengaruhnya sudah luntur terkena lumpur. gagal jadi perwakilan ke Kuala Lumpur. 



Sedang rancak perbahasan di pwtc yang di hadiri oleh semua perwakilan, maka saudara Musli juga rancak mengambil peluang untuk mengumumkan lompatannya ke fery pembangkang, sempena  lawatan Ketua pembangkang itu di Kota Belud.



Salah seorang ajk bahagian kedai kopi memberitahu bahawa, bahawa sejak kedai kopi tersebut bertukar taukey, maka pengaruh sdr Musli dalam kedai ini sudah berkurangan. Kalau dahulu beliau duduk di kedai kopi semua pelanggan akan datang mengerumuni beliau kerana ingin mendengar takzirahnya. Sekarang keadaan sudah berubah, jika sdr Musli duduk di kedai kopi ini, pelayan tidak lagi berbincang semesra dahulu.Begitu juga  pelanggan tidak lagi masuk ke kedai kopi ini kerana sudah tidak boleh duduk semeja dengan beliau. Kata seorang pelayan bahagian kedai kopi tersebut. 



Mujurlah ketiadaan Sdr Musli sekarang ini, kedai kopi kami mulai dikunjungi oleh kerabat kerabat serta sahabat handai, yang datang dari jauh dan dekat, untuk memberikan sokongan bagi kemajuan dan kemantapan kedai kami. Ujar salah seorang pelanggan tetap di kedai kopi kami



Kebenaran juga memihak kepada kedai kopi ini, kerana ajk bahagian kedai kopi ini dapat bezakan dan dapat memilih yang mana satu intan kepimpinan bakal diabadikan untuk generasi dalam bahagian. Begitu juga dengan semua penyokong boleh memilih, yang mana satu kaca  kepimpinan, akhirnya  kaca sdr Musli  terhempas ke batu bukit Kota Belud.



Hari ini semua pelanggan, mendabik dada tanda sokongan yang kental, dokongan yang gah bagi kejayaan dan kemajuan kedai kopi rakyat ini.  Rakyat Kota belud berdoa agar dakyah-dakyah pengendali blog pembangkang sekadar seperti melukut di tepian gantang, dan rakyat tidak lagi pandang.









No comments:

Post a Comment

Blog Archive