Wednesday 20 June 2012

RAMALAN MUSLI OLI DISANGKAL.PARLIMEN KUDAT,KOTA BELUD, KIMANIS, K.KINABALU, MILIK BN.

Jika dibaca ramalan kosong, sdr Musli Oli, kepasitinya sebagai seorang penulis politik pembangkang, merangkap pengerusi cabang kesatuan-kesatuan katak Kota Belud. Ada kebarangkalian dalam benak penyokong BN, bahawa ramalan itu tidak memihak kepada kebenaran. Ramalan dilontarkan itu, tidak membawa erti secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat. Khususnya para penyokong BN di Kota Belud. Ini lah ramalan yang disifatkan seperti "melepas batuk di tangga" sahaja. Kata seorang ajk bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ketidak kesepakatan pembangkang dalam meletakkan calon, dan mengagihkan kerusi masing masing, sehingga parti itu belum menemui titik penyelesaian, maka BN semakin lantang dengan azam yang tetap menang dalam parlimen seperti Kudat, Kota Belud dan Kimanis. Boleh dikatakan 25 kerusi seluruh Sabah konfom akan milik BN.

Tidak boleh nafikan hasrat parti parti dalam gabungan pembangkang, tentunya  meletakkan calon masing masing di semua kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri. SAPP mesti dengan penuh azam awal-awalagi bakal meletakkan calonya di semua parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kerana Presidennya mantan Ketua Menteri, tetap mengidam jawatan Ketua Menteri sekali lagi. Bagaimana pula parti STAR, di bawah pimpinan Dtk Jeffrey. Di awal penubuhanya parti ini mengatakan bakal tubuh Kerajaan di Sabah. Jika kedua-dua parti lokal ini masih belum ada titik senyum penyelesaian, akhirnya rakyat juga yang bermasalah, ada lah lebih baik rakyat tolak sahaja kedua dua parti lokal ini.

Dalam keadaan yang bercelaru, tiba tiba parti DAP akan menyergah dan menyuarakan rasa tidak berpuashati, tentang pengagihan tersebut, tentu pergeseran demi pergeseran dalam keadaan tertekan akan berlaku. Manakala  titik-titik penyelesaian masih jauh diseberang lautan, dan hal ini memang sukar mendapat kata putus. Dalam kemelut demi kemelut rundingan yang tidak berpenghujung ini, ketua DAP Karpal Singh, mesti terus mengatakan langkah mayat dia dulu, barulah buat keputusan.  Dalam keadaan yang maha kelam kabut demikian,  hak PR dan PAS tidak semudah itu juga di ketepikan. Mereka pun ada calon calon sendiri. PAS bakal memilih kawasan yang banyak pengundi orang orang Islam. Trend politik Dtk Nik Aziz  selalu lontarkan sebuah fatwah. Terakhir fatwah dia keluarkan ahli-ahli parti PAS tidak boleh menunaikan Ibadah Haji, risau pilihan raya diadakan di musim bulan Haji. Jika pru ke-13 diumumkan bulan Haji, maka banyak ahli ahli PAS tidak boleh buang undi, lantaran BN bakal memerintah di Kelantan.

Apa kah semua parti parti tadi ketepikan hak PR. Apa kah parti PR dilarang meletakkan calon calon di Sabah. Semacam ada bunyi demikian, bahawa parti dari semenanjung, seperti PR bakal ditolak oleh gabungan parti lokal di Sabah. Dtk Jeffrey tolak PR ini, kerana satu atau dua pemimpin kanan PR sedang menghadapi masalah yang melibat Undang-Undang. Di jangka semua calon calon PR di Sabah bakal kecundang, ujar salah seorang ahli STAR yang tidak mahu namanya jadi sebutan dalam cyber ini.

Apa bisikan dalam hati  Sdr Musli. Ilmu tinggi tentang ramalan secara kosong ini, boleh dianggapkira dapat mengalahkan nujum pak belalang moden. tidak akan berkesampaian secara tepat. Meskipun  sdr Musli tersohor dengan bunyi tin kosongnya. Tapi dalam satu kenyataan yang lain, sdr Musli andaikan UMNO ini sebagai sebuah kedai kopi yang sudah tidak laku lagi. Situasi yang dikatakan tidak laku, kerana sdr Musli masih berada di kedai kopi  UMNO.  Setelah Sdr Musli, selesai  mengatak, maka kedai kopi UMNO pun jauh berubah, sungguh banyak pelanggan datang menjamu selera. Kebanyakkan pelanggan ini datang dari fery pembangkang. Mereka kata, masakan dan minuman di kedai kopi UMNO lebih sedap dari  coffee bean dan star buck. Ujar pemimpin kanan bahagian.

Nampak-nampak  ramalan tersebut tidak dapat menepati kebenaran. kerana sdr Musli gagal membuka silat politik yang menjurus langkah kejujuran dan langkah keikhlasan. Kedua dua aspek kejujuran dan keikhlasan belum berakar umbi dalam benak politik Sdr Musli. Kelebihan sdr Musli tidak nafikannya berfokuskan kepada istilah menidakkan sesuatu kebenaran sahaja. Trend persilatan politik yang tidak mengakun ada kelemahan, perlu diubah kepada mengakun ada kelemahan pada diri sendiri. Pemimpin terulung Negara pun seperti Tun M, pernah kita baca, dia pun mengaku, pernah ada kelemahan.

Sememangnya tidak boleh dinafikan, hak penulis blog untuk menulis sesuatu berdasarkan ilmu pengetahuannya. Ramai berpendapat bahawa menulis dalam blog seperti mengukur baju di badan sendiri. Seberapa banyak baju boleh diukur. Janganlah mengukur secara main hentam depan boleh, tapi  belakang pun hentam takboleh juga. Kecuali sendiri yang bolehkan.  

Ada seorang dua setuju juga jika sdr Musli jadi calon parlimen di Kota Belud. Nasib dalam politik mesti diperjuangkan dan dicuba. Jika takut mencuba nasib,  sama lah ertinya takut berumah ditepi pantai. Sepatutnya penulis politik dan ahli politik tidak takut berumah di tepi pantai. mesti sanggup berhadapan dengan  ombak. Semangat juang untuk rakyat perlu tunjukkan.Perlu ada  keihklasan untuk memperjuangkan rakyat. Dengan semangat demikian barulah rakyat akan menyokong sdr Musli. Sebagai contoh, semua para pemimpin BN sentiasa utamakan rakyat, para pemimpin BN sentiasa berjuang secara ikhlas, sentiasa tidak meminggirkan rakyat, dalam bandar maupun diluar bandar.  Justeru itu, rakyat jelata tetap memilih BN sebagai Kerajaan selepas pru ke-13 ini. Insya Allah. 

Rabbanna atinnah fidunnya wal hassannah, wafil akhirati hassannah wakinnazabannar. Walhamdulillahirabbilalamin.






No comments:

Post a Comment

Blog Archive