Sunday 10 June 2012

MASBAKAYANGAN: BENAR KAH ADA PEMIMPIN BN SABAH BERLAGU KATAK SI KATAK LOMPAT!!



Spekulasi yang mengatakan ada sebahagian pemimpin BN bakal menyertai parti pakatan, akhirnya terjawab bila Anu War tidak dapat menghadiri pesta kaamatan di Kota Belud semalam.


Anu War yang gagal mendarat di Lapangan Kapal Terbang Kota Kinabalu kerana cuaca buruk, akhirnya kapal itu berpatah balik ke Labuan dan mendarat dengan selamat.


Di petik dari media harian, mengatakan Ketua Pembangkang memang mengakui pernah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin yang disebutkan, akan tetapi untuk menjadi ahli PR. mereka belum ada kepastian secara rasmi daripada individu yang menggelardiri sebagai pembawa lagu "katak si katak lompat"


Jika betul para pemimpin BN akan jadi menyertai PR, maka ada benarnya cerita rakyat dari rakyat  bahawa sikap mereka itu, seperti bidalan melayu, "musang berbulukan  ayam"  dalam BN.

Betulah tanggapan dari blog apa yang tersirat, jika mereka terus juga berlagak katak, maka rakyat yang jadi mangsa. Mangsa bermaksud kawasan mereka tidak dapat dimajukan kerana lompatan terlalu tinggi dan meninggi,   maka tinggalah rakyat dalam kemelut kemunduran yang berterusan dengan hanya bergigit jari.

Pilihan raya ke-13 ini, rakyat perlu memikirkan halatuju kawasan mereka. Dan mereka perlu menghukum pemimpin yang melompat dengan tidak memberikan sokongan lagi. Semoga rakyat tetap terjamin dalam Barisan Nasional.. Kerana Kerajaan Barisan Nasional sahaja tempat rakyat berlindung demi masa depan anak cucu rakyat Sabah.

Di khabarkan di Kota Belud sudah menolak awal awalagi terhadap parti PR. kerana rakyat Kota Belud tidak mahu dibohongi lagi. Dasar pembohongan pembangkang merupakan amalan yang tidak disukai oleh rakyat Kota Belud. Selamat berjuang bersama Barisan Nasional. 










Penyokong di Kota belud

  

No comments:

Post a Comment

Blog Archive