Saturday 30 June 2012

UMNO SABAH TIDAK BERGOLAK!! SEKADAR PERGESERAN PENDAPAT !.


Tiada tanda-tanda wujud pergolakkan dalam parti UMNO Sabah. Tiada gelombang yang menyergah pantai parti  UMNO Sabah. Tidak nafikan jika sekiranya ada terdapat pergeseran, itu sekadar mencari jalan untuk berkongsi pendapat, dikalangan pemimpin sahaja.


Menjadi resam dunia dalam kepimpinan, mesti ada pergeseran pendapat, perkiraan terwujudnya pergeseran ini,  kerana hendak membuat keputusan yang penting untuk kebaikan parti.


Pengalaman saya sebagai ketua penerangan  UMNIO bahagian selama dua penggal. Kuasa ketua bahagian sememangnya luas. Selaku ketua bahagian dibolehkan untuk memberi ucapkata dengan semua masyarakat dalam kawasan masing-masing 


Menjadi kewajaran ketua bahagian untuk turun ke padang bersemuka dengan semua rakyat dalam DUN yang berkenaan.  Tanggungjawab sepenuhnya terletak di bahu ketua bahagian, dalam memastikan rakyat sentiasa terbela, rakyat sentiasa tidak terpinggir. Agar ketua bahagian tidak dilihat sebagai mengalpakan tanggungjawab yang diberikan oleh semua ahli UMNO dan rakyat amnya.


Kelazimannya pihak pembangkang melihat ini, sebagai pergolakkan. Suara pembangkang selalunya suka memporakperandakan keamanan yang ada dalam parti UMNO. menjadi tabiat pemimpin pembangkang bahawa kuman diseberang laut tetap jelas mereka nampak. Tapi gajah di depan mata pura-pura tidak nampak.


Tabiat-membiat  kepura-puraan pembangkang, sememangnya sudah difahami dan diselami sedalam-dalamnya oleh rakyat.  Rakyat Kota Belud pasti tidak terpancing lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang, meskipun mereka berjanji seribu bulan bakal datang ke pangkuan rakyat. Sokongan rakyat kepada BN tetap utuh dan tidak berkarat.


Kita nantikan pru ke-13 ini, bahawa semua DUN dan termasuk kerusi parlimen Kota Belud dalam tangan rakyat untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive