Monday 4 June 2012

DATUK SALLEH CABAR DATUK LAJIM LETAK JAWATAN. TINDAKAN BERANI KERANA BENAR!

Banyak ahli ahli politik mempertikaikan, cara Dtk Lajim melontarkan pendapatnya  sehubungkait kesalahtafsiran beliau tentang isu perkara dari 01 hingga 20 perkara.

Ada sebilangan orang politik, menyarankan kepada Yb Dtk Lajim untuk baca semula perkara yang terkandung dalam memorandum yang hangat dipersoalkan oleh sesetengah indivu itu, dan barulah membuat persoalan, samada semua perkara tersebut dalam memorandum itu,tidak seirama dengan kenyataan Yb Datuk Salleh kah?

Untuk memilih yang mana satu perkara 20 itu, dalamm hemat Datuk Lajim belum lagi di masukkan dalam Perlembagaan Malaysia.


Datuk Lajim juga berhak atas kepasiti Timbalan Menteri, untuk terus meluahkan semua perkara perkara dalam memorandum itu kepada Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Malaysia. Jika Datuk Lajim betul betul seorang pemimpin yang turut memperjuangkan hak hak Sabah. Tapi tindakan beliau yag dianggap tidak profesional itu, masih dipertikaikan oleh rakyat. 


Rakyat masih tanda tanya, bahawa cara Yb Datuk Lajim melahirkan perasaan  tidak setujunya dengan cara berdemo, tidak melambangkan semangat dalam satu parti Barisan Nasionl.


Yb Datuk Salleh tidak meminta maaf dalam masa sepuluh hari dari tarikh tersiarnya tentang isu itu,  maka Yb Datuk Lajim bakal mengadakan demonstrasi aman, untuk mendesak Yb Datuk Salleh menarik balik kenyataan yang pernah tersiar. Dan meminta Yb Datuk Salleh tampil untuk minta maaf. Bukan satu saranan yang dapat memesrakan rakyat dalam satu arena politik melalui parti BN. Tindakan ini sekadar mengundang kerugian kepada rakayt Sabah sendiri.


Di posisi Yb Datuk Salleh, tetap dengan pendirian bahawa sebahagian perkara perkara hingga ke 20 itu sudah terlaksana oleh Kerajaan pusat.. Dan Sabah sentiasa terpelihara di bawah payung pemerintahan BN. Walau bagaimanapun tegas beliau, ada juga perkara yang belum sempat dimasukkan dalam Perlembagaan, tapi rakyat jangan risau, perkara yang disebutkan itu masih dalam proses untuk ke peringkat bertahap. 


Hingga hari ini Yb Datuk Salleh tidak takut, tentang pendekatan dan ugutan itu, Kerana ramai berpendapat buat apa takut, " Berani Kerana  Benar " Malahan sebahagian suara blog menyiarkan, cabaran demi cabaran kepada Yb Datuk Lajim untuk letak Jawatan dalam Kabinet, sentiasa  diperkatakan dan menjadi buah mulut rakyat jelata. 


Ada sebahagian ajk bahagian Beaufort, menganggap kenyataan melenting Yb Datuk Lajim itu seolah olah didemami oleh pemikiran parti pembangkang. Apa kah desas desus itu benar, konon sebuah teka teki, mengatakan jika Dtk Lajim tidak tersenarai dalam senarai BN, kemungkinan besar pihak pembangkang bakal melamar beliau. Dan respond dari Dtk Lajim belum dapat diperolehi lagi.


Sudah lama rakyat Sabah menanamkan satu teka teki, bahawa Yb Datuk Lajim bakal menjadi calon pembangkang, jika parti BN tidak menyenaraikan semula dalam pru ke 13 ini. Bila ditanya dengan penyokong Dtk Lajim, mereka jawab hanya selambah sahaja, tunggu dan lihat.

1 comment:

Blog Archive