Friday 15 June 2012

BUKAN SEKADAR KETUA CAWANGAN. JIKA BOLEH, TANDING KETUA UMNO BAHAGIAN

Pepatah melayu, yang berbunyi "Niat di hati hendak memeluk gunung. Tapi apakan daya tapi tangan tak sampai. Beginilah alkesahnya jika ada hasrat berkecimpung dalam arena politik. Mana mana individu yang berbesar semangat untuk menerjundiri ke gelanggang politik, terlebih dahulu mesti memiliki senjata senjata yang tinggi menggunung. Jika berlaku serang menyerang, maka kita mempunyai senjata yang mencukupi untuk mempertahankandiri.


Jika saya diminta untuk mencuba nasib dalam persilatan politik. Perlu juga saya ambil tali pengukur. Jika tali saya panjang saujana mata memandang, tentu  boleh untuk pengikat ukhuwah kepada para-para penyokong.


Imbas kembali pengalaman saya yang silam semasa duduk sebagai Ketua Penerangan Bahagian selama tiga penggal berturut-turut. Asam dan garam sudah puas dirasai. Di ibaratkan merenangi lautan yang tidak bertebing, berkorban kerana menjaga kemenangan Ketua Bahagian.


Jika kelengkapan mencukupi, bukan sekadar Ketua Cawangan, tapi Ketua Bahagian, tetap saya buka kuda-kuda persilatan  untuk ke gelanggang pemilihan Bahagian. Sdr Palingberani, apa yang saya khuatirkan seperti pepatah melayu, yang dikejar tak dapat.  Manakal dalam gendungan, habis bertaburan". Akhirnya penyokong yang mengalami kekeciwaan.


Era pimpinan Yb Datuk Salleh masa kini,  tentu saya terhalang untuk  menawarkandiri bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian. Kita anak jati  Kota Belud, perlu beri laluan kepada beliau untuk menerajui Bahagian. Rakyat masih memerlukan kepimpinan beliau dalam  masa dua atau tiga dekad lagi dari sekarang. 


Walau bagaimanapun saya hargai pandangan sdr Palingberani. Kerana pandangan itu memberikan suntikan semangat yang membina. Bagaimana pula halnya pemimpin yang sedia ada, sdr Roslan Hj Manshur, anak buah saya sdr Tadzul,  dan sdr Ir Awang Salleh Makmud. serta   Hj Mayur. Dan banyak lagi sebelah pihak Bajau. Manakala dari dusun tidak boleh dinafikan, konco konco sdr Award atau reward. Nama dia pun sudah menang. Apa tidak Rewardnir.


Namun demikian, jika saya diperlukan,  mencari kaedah bagi  kemenangan BN di peti undi Kg Merabau. Jawabnya boleh diusahakan. Kerana, sebagai anak kelahiran Kg Merabau, yang pahit boleh jadi manis, manakala yang manis terus boleh merawat penyokong yang memerlukan rawatan secara manis manisan.


Peti undi Sk Tamau, tentu akan dipertanggungjawabkan kepada sdr Palingberani. Kerana sebagai anak kelahiran KG Tamau, Insya Allah yang bengkok dapat diluruskan, manakala yang patah hati terus boleh ditawari secara tradisional.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive