Thursday 14 June 2012

TIDAK MENYANGKAL TAPI ADA TANGKAL TULISAN, PALING BERANI BLOG: SIAPA MASBAK RUMASHID, WAN RAMLEE DAN MUSRAM.




Semacam macam yang tidak masam, semanis manis umpama gula, yang paling manis hujahan sdr Palingberani blog. Saya tetap menghormati rakan-rakan yang mengenal saya. Prinsip berkawan merupakan asas-asas pembudayaan sesama rakan . Agar ukhuwah dalam konteks berkawan sentiasa terjalin begitu akrab.


Keakraban yang sememangnya tidak menyalahi dalam etika Agama, maupun dalam etika istiadat, malahan sentiasa dianjurkan kata para ustaz dan guru-guru Agama.


Dalam konteks tidak menyalahi ini, maka tidak juga salah, berdasarkan anutan demokrasi jika seseorang menyaran seseorang untuk berkecimpung dalam arena politik.


Penilaian dari umat manusia siapa dia untuk mencalonkan seseorang itu adalah hak setiap manusia untuk menyahut saranan atau sebaliknya. 


Menjawab cetusan pendapat sdr palingberani, pada asasnya tidak berani tampil kehadapan untuk berkecimpung dalam pentas politik masa kini, sesungguhnya amat dikesali. Pada saya semua ada hak berkecimpung dalam politik. Saya hanya sebagai pencerita, sekadar menerima cerita cerita daripada Wan Ramlee. menjadi kemestian untuk saya tulis, agar boleh dikongsikan bersama rakan-rakan tentang hasrat sdr Wan Ramlee.


Jika sdr palingberani bernawaitu, saya tiada masalah untuk kita tulis dan siarkan agar rakan-rakan dapat baca apa yang tersurat maupun yang tersirat dalam benak rakan rakan.


Saya tetap mengenang saudara Palingberani blog kerana mengingatkan saya semasa pemilihan majlis tertinggi UMNO yang agak lama berlalu. Ketajaman taji saudara palingberani blog, sesungguhnya saya hargai dalam arena politik.  


Lazimnya para penulis tidak berani menggunama sendiri dalam arena analisis politik. Sepatutnya para penulis mesti berani menggunapakai nama sendiri. Apa juga salahnya pada nama sendiri. Apa juga kelemahan jika nama sendiri yang digunakan. Contohnya banyak yang menggunama sendiri. Saya berharap saudara Palingberani jadi berani untuk gunama sendiri. Tidak payah berselindung disebalik batu. Kerana berselindung di balik batu itu satu masa kena rambat oleh nelayan, maka udang saudara pun dalam genggaman sang nelayan.   


Akhirnya saudara tersungkur dalam lumpur, jika saudara tersungkurebah dalam dakapan isteri muda, syabas kerana adat lelaki hand some boy. Adat mengadat yang sentiasa mengamalkan ilmu tongkat ali terus menungkat dengan gahnya. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive