Sunday 3 June 2012

REKOD KEGEMILANGAN POLITIK, DATUK SALLEH DAN TAN SRI PANDIKAR, DARI SUDUT KACA MATA RAKYAT


Tentu sekali tidak menjadi kemerosotan sokongan kepada calon BN di bumi Kota Belud, kerana Datuk Salleh  dan  TS Pandikar, masing masing mempunyai rekod kemenangan yang terbilang dalam arena politik.


Di ibaratkan dalam gelanggang persilatan, mereka ini cukup terlatih dalam persembahan seni silat. Tidak perlu dirisaukan.  Apatah lagi dari sudut wacana politik dan perjuangan. Mereka ini sentiasa bersedia untuk turun ke gelanggang pertarungan, bila tiba masanya kelak.


Namun dalam ulasan blog Kelapa Mawar semalam, dikatakan kedua tokoh ini telah sengaja digugurkan pada pru ke 12. Walau bagaimanapun disebalik digugurkan, ada hikmahnya, mereka ini telah mengumpulkan banyak tenaga untuk persediaan bagi menghadapi pru ke 13 dalam masa terdekat.


Soal riwayat pencalonan dan penentuan, siapa yang bakal terpilih, bukannya boleh diputuskan oleh Menteri Menteri Besar atau Ketua Ketua Menteri .Bukan boleh ditentukan oleh penulis blog.  Kerana semua keputusan terletak,  atas budi bicara Pengerusi Barisan Nasional Pusat bersama para moderator pemilih. 


Pucuk pimpinan akan menilai dari masa ke semasa. Jika kedua tokoh ini adalah calon yang tetap menang, kerana kemenangan calon sangat dititikberatkan oleh parti,  maka soal meletakkan jawatan masing masing perkara enteng.


Di katakan oleh Kelapa Mawar, bahawa gula gula itu boleh mematikan semut, walaupun sang semut memerlukan manisan gual gula. Jika dikaitkan zaman global hari ini, selera sokongan bukan boleh dapat diukur dengan taburan manisan. Bukan kerana tiada kata seribu bahasa, tapi kelebihan BN semua janji dengan rakyat mesti ditepati.  


Gelaran penyokong kepada kedua tokoh ini sebagai HULUBALANG, yang pantang mundur, "diumpamakan  direndam tidak basah, dan dibakar tidak hangus". membolehkan BN bakal menganugerahkan tikit kekalahan kepada parti lawan dengan mudah. Tanpa kecalaran kepada parti BN. 


Oleh demikian. Apa sahaja langkah yang diambil, semasa pilihanraya akan datang ini, dianggapkira langkah terbaik bagi kesejahteraan rakyat di bumi Kota Belud.


Sudah tertulis dan tersirat bahawa segala keringat juang tokoh tokoh ini  menepati rekod perjuangan,  Lantaran  itu,  Datuk Salleh dan TS Pandikar bergelar  pilihan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive