Friday 1 June 2012

TS PANDIKAR, DSP SALLEH, DI SEBALIK ISI POLITIK, BUKAN WAYANG KULIT POLITIK



Asal parti UMNO/BN yang diletakkan di semua DUN dan Parlimen Kota Belud. Asalkan calon calon itu terdiri daripada  anak jati, kemenangan tetap dalam genggaman BN.

Samada parti lawan serang BN dari depan atau dari belakang, kemenangan BN sukar diragui lagi.


Penyandang Ahli Dewan Undangan, dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen,  sewajarnya sentiasa memantau kawasan sejak mereka menang lagi. Bertepatan wakil wakil rakyat ini mesti berwajah baru, mereka harus letakkan rakyat itu  seperti menatang minyak yang penuh, dalam  kawasan masing masing.


Jika dekat ajenda pilihanraya, barulah menampakkan  kelibat mengelibat kepada rakyat, mungkin trend pendekatan ini disifatkan agak terlambat. Atau wakil wakil rakyat ini masih dalam kelambu  kemalasan. Apa yang dikhuatirkan, ada  penulis pro pembangkang akan katakan dalam tulisannya, bahawa wakil rakyat BN hanya suka melepaskan batuk ditangga sahaja.


Para penulis politik tetap menyuarakanya dengan kepelbagaian pendapat dan persepsi. Meskipun dengan siraman air garam. Tapi rakyat yang menyokong BN tetap mengambil pendirian yang setia dengan nada perjuangan berpantang mundur.


TS Pandikar dan DSP  Salleh Tun Said, adalah pemimpin yang matang dan tetap masih kebal dengan pengaruh begitu rupa, di Kota Belud. Tiada kata kata ukuran, atau pun melevelkan mereka di tahapkan sebagai "wayang kulit politik". Dalam percaturan arena politik, mereka ini tetap berkewajaran dengan lontaran persepsi "isi politik" Dan bukannya "wayang kulit politik" seperti yang disebutkan  oleh blog Kelapa Mawar.


Jika keputusan pucuk pimpinan terlepas pandang, di antara dua pemimpin ini tidak terpanggil untuk menyertai pru ke 13 ini. Penyokong BN tidak berganjak, mereka tetap memberikan sokongan kepada parti. Mereka tetap menghormati keputusan parti.


Saya sendiri pun tidak boleh SAHKAN, samada kesemua penyandang wakil rakyat dapat dicalonkan atau sebaliknya. Kerana masih terlalu awal untuk buat pernujuman tentang bila kah pilihanraya ke 13 diadakan.


Kita sama sama menuggu, semoga pilihanraya dapat dijalankan dengan lancar serta keselamatan rakyat sentiasa  terjamin dengan kerjasama  pihak  berkuasa.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive