Thursday 14 June 2012

NUKILAN TANPA UKIRAN POLITIK KOTA BELUD



Diperkatakan penduduk Kota Belud mahir membaca dan lebih berkemahiran tentang bicara politik yang di ketengahkan oleh ahli ahli UMNO dalam daerah Kota Belud.Sebab itu penduduk Kota Belud banyakali menolak isu pembangkang, dan acapkali menolak untuk menyokong pembangkang di situ.


Permainan dan pendekatan yang dilihat amat akrab, dengan masyarakat serta cara terbaik untuk mendampingi rakyat Kota Belud, trend ini menimbulkan keresahan, serta kebimbangan kepada segelintir penulis lirik politik yang ada di situ. Justeru itu, suara pembangkang tidak lagi didengar oleh penduduk Kota Belud.


Suara yang berunsur kebimbangan ini  dipetik dari blog MURAI KB, menyatakan politik kesukuan masih menghantui masyarakat di situ. Dan pendapat ini, adalah kurang tepat, dan tidak berkewajaran dengan formula yang disyurkan, kerana formula ini seolah-olah politik di situ,  semacam berirama music, dan disifatkan seperti berentak bolasepak. Cara ini sudah diketepikan oleh semua ahli ahli UMNO, dan kini sudah tiada lagi yang melaung-laungkan irama tersebut. 


Kubu kuat UMNO  di Usukan,  boleh dikatakan rata rata penyokong BN tiada mempunyai halangan tentang calon yang bakal diturun. Mereka hanya berharap calon untuk di Usukan biarlah bertaraf anak jati Kota Belud. Kerana jika anak jati Kota Belud, ada pepatah masyarakat di situ" Mangan nyya mangan asal kurung kurung"  pepatah ibunda ini menjelaskan bahawa sokongan mereka kepada calon BN tidak tergugat, dan tiada yang boleh gugatkan ukuhuwah mereka dalam payung BN.


Pepatah melayu ada menyebut,  seperti "kuku dengan isi" Tiada yang boleh memisahkan rakyat dengan pemimpin. Apatah lagi yang tercalon itu adalah pilihan rakyat.


Kemungkinan besar jika parti pembangkang masih berdegil untuk turunkan calonnya di Usukan, tersungkur kalah dan rebahlah calon pembangkang itu nanti.    Sama sama kita tunggu pru ke-13 ini.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive