Thursday 28 June 2012

KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT YANG KELAT !! BAGAIKAN BURUNG TERBANG SUDAH DI PIPIS LADA.

Bakal mengeciwakan rakyat Sabah. Bakal ditinggalkan oleh penyokong pakatan dari Sabah bila terbaca jawatan dalam kabinet gila bayang ini, tiada sedikit pun peluang untuk jawatan yang penting diberikan kepada rakyat dari Sabah. Di harap rakyat yang masih memaut di dahan rapuh parti pakatan, mesti berubah fikir dan mesti juga berubah sokongan.Agar tidak sia-sia jika berada dalam Barisan Nasional. 


Dalam gembar-gembur kabinet yang terlalu jauh dari kemenangan. Maka para pemimpin pakatan sudah bersedia mengumpul seberapa banyak lada untuk dipipiskan. Sedang burung-burung  masih terbangan di udara. Angan-angan matzinin ini, akhirnya akan terjatuh rebah sendiri, dan penyokongpun bakal berputus asah. Penyokong mesti ada keterbukaan, rakyat harus berfikir sebelum terpinggir, rakyat mesti menggenggam jari tanda sokongan kepada BN sebelum tersisih dari pakatan. Masa masih ada untuk mengekalkan pemerintahan di bawah payung  BN, pemerintahan yang  saksama serta  perjuangan yang sentiasa mengutamakan rakyat.


Rakyat Sabah sudah nampak dengan jelas, bahawa pertanda yang jelas  parti pakatan bakal menyisihkan ahli-ahlinya.  Pucuk pimpinan pakatan tetap mengenepikan para penyokong dari Sabah. Sampai begitu, menidakkan para penyokog,  walaupun mereka  berjuang  berhabis-habisan untuk mempertahan pakatan, namun kesemua nadi sokongan sekadar  ungkapan manis dibir sahaja.


Sikap parti pakatan yang hendak memeluk gunung, sedang tangan tidak sampai, sekadar hanya impian yang tidak pernah akan menjadi. Tambahan lagi parti pakatan yang tidak mengenal budi. Cuma pemimpin pakatan ada kelebihan, dan ada kepakaran jika mengenal body.


Rakyat yang berada dalam sokongan perahu pembangkang kini, perlu mencari jalan, dan balik ke pangkal jalan, dikhuatiri jika tidak balik ke pangkal jalan BN, akhirnya akan sesat dan akan keliru di bawah panji pakatan yang tidak lagi berkibar.


Kemelut demi kemelut yang tersiar di dada akhbar,tentang malapetaka yang menimpa tiang-tiang parti pakatan, permasalahan seperti di selangor, tidak terkecuali di pulau pinang isu tapak masjid yang dirobohkan, masih tersiar di kaca-kaca media tontonan. dan di cyber-cyber. Elemen-elemen ini  akan membuka hati rakyat untuk tinggalkan parti pakatan.


Rakyat jelata Sabah diseru utuk tampil ke hadapan, untuk kita satukan tenaga, agar 25 kerusi parlimen tetap dimenangi dengan cemerlang. Begitu juga 60 kerusi DUN, diseru kepada semua penyokong pakatan, untuk berpakat bagi kemenangan calon-calon BN dalam kawasan masing-masing.

 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive