Saturday 19 May 2012

PENYOKONG BN KOTA BELUD SEDIA HADAPI PILIHANRAYA KE 13!

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Yab Dtk Musa, sudah luahkan kata sedianya untuk menghadapi pilihanraya ke 13, jika diadakan bila bila masa dari sekarang.


Semangat kesediaan yang dikatakan ini, kerana dikhabarkan semua bahagian UMNO di Sabah dan kerabat BN nampak ada keupayaan untuk bertempur dengan pakatan dalam pru ke 13 ini.


Dtk Musa berkata, bahawa gelaran Yb ini bukan kekal selamanya. Akan tetapi jika gelaran YB itu dianggap yang berkhidmat, ada kemungkinan akan kekal kepada wakil  yang terpilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat dalam bahagian masing masing.


Sementera itu, di bumi yang di panggil pekan koboi, Kota Belud. Sudah awal awalagi meluahkan kesediaan untuk menghadapi pru ini, yang bakal diumumkan bila bila masa dari sekarang. 


Sudah dikenal pasti bahawa TS Pandikar tidak disenaraikan dalam simpanan pru kali ini. Menjadi kerugian besar kepada BN, jika TS Pandikar diletakkan sebagai pemain simpanan atau direhatkan.


Nampak sudah disusun dengan rapi bahawa, jika TS Pandikar tidak diletakkan di DUN Tempasuk, maka sudah pasti akan diturunkan bagi kerusi Parlimen Kota Belud. Dikhabarkan Dtk Rahman tidak disenaraikan sebagai calon. Memandangkan rakyat Kota Belud sudah tidak setuju dengan trend pencalonan berkriteriakan import.


Antara dua orang tokoh yang sudah ke tahap sebutan pemimpin. DSP Salleh Tun Said, juga tetap dalam senarai pencalonan yang lebih berkeupayaan. Beliau menjadi mentor rakyat di Usukan. Bakal kehilangan kerusi Usukan jika pucuk pimpinan menghitamkan namanya dalam senarai pencalonan.


Bersabarlah calon calon yang dikategorikan muka muka baru. Sebaik mungkin berilah peluang sekali lagi kepada mereka yang sudah menaikkan nama Kota Belud di peringkat Malaysia.

  






 

1 comment:

  1. TS Pandikar sudah di Singahsana dan aman damai di sana. Beliau kini menjadi Mahaguru kepada Pendikar Pendikar ternama. Kenapa perlu turun ke danau mencari kemenangan yang belum pasti adanya. Kalaupun mau mencuba ilmu persilatan yang ada biar bukan ditempat yang ramai orang tahu langkahnya takut tersalah langkah nanti terkulai rebah

    ReplyDelete