Friday 8 June 2012

KERIS TAMING SARI UMNO: TIDAK MEMBOLEHKAN WUJUD PARTI USBO.

Pengembangan sayap UMNO ke Sabah pada tahun 1991 di sambut baik oleh semua masyarakat Islam dan tidak terkecuali masyarakat bumiputera bukan Islam. Pada hemat rakyat Sabah bahawa kemasukan UMNO ke Sabah, dianggapkira menghantar keris "TAMING SARI" untuk menguatkan azam rakyat dalam usaha merebut semula pemerintahan. Segala niat yang tersurat dan tersirat terbukti benar. Kebarangkalian  bahawa dengan berkhat bersenjatakan keris "TAMING SARI"  maka ternyata semua usaha rakyat sangat berbaloi. Dan kini rakyat Sabah jadi pemerintah semula di bawah payung Barisan Nasional.
  

Kedatangan Allahyarham Tun Ghafar pembawa bendera UMNO masa itu, di sambut dengan tepukan gemuruh sebaik sahaja tiba di Lapangan Kapal Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu. Ratusan manusia yang terdiri daripada masyarakat Islam yang sama sama menyambut ketibaan Tun Ghafar, rakyat bergembira kerana UMNO diumumkan oleh Presiden Parti Tun M masa itu, telah membenarkan para hulubalang dari semenanjung bergerak sama di negeri di bawah bayu ini, untuk menyelamatkan orang melayu serta masyarakat bumiputera bukan Islam.


Pertubuhan Kebangsaan Melayu  Bersatu  atau UMNO telah membawa aspirasi perjuangan yang cukup bermakna. Tiada yang boleh nafikan perjuangan UMNO yang sentiasa menitikberatkan kehendak rakyat. Justeru itu, hasrat asas untuk menyelamatkan rakyat di Sabah akhirnya tercapai. Dan kejayaan itu masih berterusan hingga hari ini.


Seperti Kelapa Mawar katakan dalam artikel 160, definasi " Melayu" bahawa penduduk Semenanjung sahaja boleh dipanggil Melayu.Dan manakala  penduduk di Sabah adalah tidak termasuk sebagai Melayu.


Dalam konteks keterperincian suku kaum di Malaysia bahawa perkara 160 itu , tetap menjadi sebutan khusus dalam perundangan. Rakyat malaysia tidak boleh pertikaikan. Akan tetapi perlembagaan parti UMNO semua kaum bumiputera yang berugama Islam diterima sebagai. ahli. Di Sabah tetap kesah yang sama, bumiputera Islam dan bukan Islam boleh diterima sebagai ahli parti.


Tanggapan Kelapa Mawar konon semua masyarakat Islam di Sabah adalah sekadar menumpang dengan bendera orang lain, pendapat ini perlu ditidakkan. Kerana semua panji panji di bawah Barisan Nasional sudah terbukti dapat membela rakyat rakyat Sabah. Kesejahteraan  yang sudah terjamin dalam Kerajaan Barisan Nasional. tidak boleh disangkalagi. dan akan berterusan sampai bila bila yang mendatang. Kaum seperti Bajau, Suluk, Iranun,Brunei dan lain lain kaum yang beragama islam serta Bumiputera bukan Islam, sudah sebati dengan parti UMNO. Melalui parti ini, semua kaum di Sabah nampak cukup terbela di bawah panji-panji pemerintah ia itu Barisan Nasional.


Canangan suara Kelapa Mawar untuk melihat wujud satu parti local mewakili kaum masing -masing masih terlalu jauh untuk dikejar. Masyarakat Sabah sudah cukup selesa parti  UMNO.


Mungkin selamanya sokongan masyarakat Sabah terhadap UMNO. Kekentalan dokongan mereka sukar untuk disepak terajang dalam pilihanraya pru ke-13.


Sampai bila pun tiada lagi parti yang sanggup membela rakyat Sabah, melainkan  UMNO. Kubu kuat seperti Usukan tetap dengan azam sehidup semati bersama UMNO.


Tidak wujud sebutan untuk parti USBO seMalaysia. Parti gergasi seperti UMNO tetap menggergasi kemenangan di Usukan nanti.  Yb Datuk Salleh tidak akan kaitkan USBO dalam kanca politik.
Meskipun persatuan USBO adalah dikira persatuan yang terbesar setakat ini. 


UMNO adalah parti yang unggul dari sudut kaca mata rakyat.  Usukan adalah tempat kelahiran kerusi pertama di Sabah. Mana mungkin Ketua UMNO bahagian Kota Belud mencemari perjuanganya dengan parti  UMNO.


Penjelasan demi penjelasan yang diberikan ini, maka dengan sendirinya semua suara sang penulis bersisikan keraguan terhadap Presiden USBO, secara langsung atau  tidak langsung, sudah terturun ke paras lutut, kerana tepisan yang yang mewajarkan kebenaran memihak kepada pengulas  hari  ini.    







.

1 comment:

  1. Salam. Biasanya orang yang mempertikai kejayaan orang lain, kerana orang itu belum ada kejayaan. Demikian juga orang yang mempertikai sumbangan orang lain, kerana orang itu tiada sumbangan. Sebab itu, ada pepatah.. Gajah dibibir mata tidak nampak, kuman di sebarang laut kelihatan.

    ReplyDelete

Blog Archive