Wednesday 13 June 2012

TIDAK MENYANGKAL TULISAN MUSRAMRAKUNMAN : DAN TIDAK MENYANGKAL KEMEROSOTAN PENYOKONG DUN TEMPASUK.


Wan Ramlee dari cawangan kampung pintasan, mantan penyokong ahli Dewan Undangan Tempasuk, memberitahu saya, bahawa jika wakil rakyat itu, masih dengan sifat degil mengental, dan sifat suka membohongi para penyokong di Tempasuk, berkemungkinan jangkaan kecundang bakal jadi realiti.



Wan Ramlee juga mengakui, bahawa jika penyandang yang dicalonkan dalam pru ke-13 ini, memang Wan  Ramlee bercadang jadi calon untuk menentang bagi Dun Tempasuk. "Biar puteh tulang jangan puteh mata" sambung Wan Ramlee. Menurut dia, tidak membiarkan Hj Musbah tidak dicabari dalam pilihan raya musim ini. Soal kalah menang memang dia sanggup terima, kerana kalah menang itu tidak boleh dielakkan. Semua calon calon sememangnya ada yang menang dan ada yang kalah. 


Di tanya mengenai parti apa bakal  Wan Ramlee anggotai. Ini jawabnya, Parti Local menjadi pilihannya. Ditanya sebab musabab  tidak memberikan sokongan. Kerana ahli dewan undangan itu masih menaruh dendam terhadap masyarakat Iranun serta bersifat rasis. Seringkali mengulangkata tidak perduli dengan masyarakat Iranun. Pernah Wan Ramlee datang ke rumah ahli dewan itu atas jemputan beliau (ahli dewan undangan). Di suruh datang jam 10.00 pagi. dan akhirnya ahli dewan itu keluar dari dalam rumah jam 6 petang. Wan ramlee menambah, perkataan berulang ulang juga disebutkan, ia itu tidak ambil perduli dengan masyarakat Iranun di Dun Tempasuk. Sepatutnya semua Iranun sesuai tidak menyokong ahli dewan itu. 


Pru ke-12, di dapati semua peti undi dalam kawasan Iranun, Hj Musbah menghadapi   kemerosotan penyokong. Peti undi  dalam kawasan Iranun, Hj Musbah kecundang teruk.Contohnya Kg Merabau, Sk Tamau, Sk Nanamun dan Pandasan, Hj Musbah masih juga berterusan dengan digalasan jatuh  kecundangan.


Bila saya ajukan nama calon baru seperti Sdr Musram Rakunman untuk Dun Tempasuk. Katanya, jika sdr Musram maka kebolehanya tidak boleh disangkalagi. Sebagai penulis, dan tulisannya dalam blog yang tersiar  kerana lontaran pendapatnya, bakal untuk diberi peluang dalam pilihan raya. Tambahan lagi Musram lebih berketrampilan daripada wakil rakyat sekarang ini. Kemenangan bakal dicipta oleh sdr Musram di Dun Tempasuk dalam pru ke-13 ini.


Bila diajukan pertanyaan mengenai Dun Usukan. Wan Ramle tidak banyak komen jika DSSk yang dicalonkan. DSSK adalah pilihan rakyat, dan semua rakyat Usukan mesti memberikan sokongan untuk kemenangan  DSSK. Ujar Wan Ramlee. Usukan adalah dikenali kuat  kubu bagi UMNO. Sewajarnya kerusi Usukan tetap dan konfom milik Barisan nasional.

Jika bukan DSSK yang dicalonkan di Usukan, besar kemungkinan kerusi usukan bakal terlepas, dan mungkin akan hinggap di dahan parti Lokal. Sama sama kita bersabar dan menunggu sehingga pilihanraya nanti diumukan.  

1 comment:

Blog Archive